Wednesday, October 31, 2012

[Ulasan Aku] Kemelut perlaksanaan AES

Assalamualaikum...

Tetiba je terasa nak mengulas secara formal mcm penulis berita kat portal2 berita maya. Sila ikuti ulasan aku yg tak seberapa ni...

Automated Enforcement System atau lebih mesra kita panggil AES ialah sistem mengesan dan merekod kesalahan trafik secara automatik dimana kamera di letakkan di beberapa kawasan kemalangan maut & di beberapa persimpangan dimana telah dikenalpasti kawasan kemalangan.

Sejak AES mula beroperasi pada 23 Sept secara percubaan sebanyak 63,558 imej kesalahan lalu lintas dirakam di seluruh negara melalui sistem ini. Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata imej itu kini dalam proses semakan dan pengesahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum saman dikeluarkan kepada pesalah lalu lintas itu.


Beliau menyatakan bahawa dengan pemasangan sistem ia dapat mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berdisiplin. Menurut beliau lagi langkah ini perlu diteruskan kerana kerajaan melihat AES sebagai tindakan holistik bagi mengurangkan kemalangan maut sekaligus merialisasikan hasrat murni kerajaan untuk membela majoriti rakyat.

Kerajaan telah mengenal pasti lokasi kamera AES ini akan dipasang. Penentuan lokasi kamera tersebut berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Institut Keselamatan Jalan Raya (MIROS) selama 4 tahun. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan pula berkata orang ramai boleh menyemak lokasi kamera AES menerusi laman sesawang JPJ, dan pengguna boleh mengetahui zon operasi kamera AES ini di pasang melalui papan tanda yang di letakkan berhampiran. 

Jabatan Pengangkutan Jalan pula memberi jaminan bahawa AES telus dan tidak boleh dimanipulasikan. Menurut Timbalan Pengarah Peguatkuasa JPJ, Ahmad Nasir Abdul Ghani segala imej dan data yang di rakam AES tidak boleh di padam atau di ubah suai.

Mengikut kenyataan di atas suka saya ingatkan bahawa pengunaan AES ni ada baiknya & ada buruknya. Yang baiknya ia dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya serta mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berdisiplin. Tetapi yang buruknya ialah sikap terburu-buru kerajaan dengan perlaksanaan sistem ini. Dan terdapat pelbagai isu yang di bangkitkan oleh pihak pembangkang yang menurut saya sebagai rakyat Malaysia adalah masuk akal. Menurut pihak pembangkang, kerajaan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan tidak perlu terburu-buru tetapi sepatutnya mengkaji dulu penggunaan AES sebelum di laksanakan di Malaysia. 

Rata-rata rakyat Malaysia membantah perlaksanaan sistem ini. Ini termasuk Ahli-ahli parlimen BN dan baru-baru ini Pemuda Umno bermesyuarat dan sebulat suara mendesak kerajaan menghentikan sementara perlaksanaan AES ini. Sementara itu 4 negeri yang di perintah oleh pihak pembangkang menangguhkan pemasangan kamera berkenaan di jalan-jalan yang diselenggara di bawah kerajaan negeri. Dan ini telah menunjukkan bahawa majoriti rakyat membantah perlaksanaan AES.

Gerakkan Anti Saman Ekor (KASE) mendakwa setelah membuat semakan di laman sesawang JPJ berkenaan lokasi kameras AES ini dipasang dan menurut KASE ada beberapa lokasi kemera AES di letakkan di kawasan yang tidak masuk akal. KASE turut memberi contoh, untuk Jalan Balik Pulau, laluan P106 koordinat yang diberikan menunjukkan kamera ini di letakkan di tengah laut. Ini telah mengelirukan banyak pihak. Di samping itu menjadi bahan jenaka pemberi komen di portal berita Malaysia Kini klik disini.

Pihak pembangkang pula membangkitkan hal pembelian dan perlaksanaan sistem ini. Di mana pembangkang mendakwa harga kamera yang di beli tidak masuk akal. Di samping itu juga, perlaksanaannya di pertikaikan di mana kerajaan melantik syarikat swasta yang di dakwa syarikat kroni untuk mengendalikan penyelenggaraan sistem ini.

Akhir kata, isu-isu yang di bangkitkan di sini mungkin remeh. Tetapi isu yang remeh inilah yang digunakan pembangkang untuk menghentam kerajaan.

 Amacam...ada tokoh nak jadi penulis berita tak aku nih...hahaha...