Friday, October 26, 2012

Oktoberfest

Assalamualaikum...



Apakah yg di maksudkan dgn "Oktoberfest"? Oktoberfest hari yg di sambut dgn meminum bir atau lebih tepat sekali hari di mana acara meminum arak terbesar di dunia yg di jalankan selama 16 hari. Di ulang lagi sekali, hari di mana acara meminum arak yg terbesar di dunia yg di jalankan selama 16 hari. Hari meminum arak ni di jalankan setiap tahun di Munich, Bavari, Jerman bermula pada lewat bulan September hingga minggu pertama  bulan Oktober. Acara ini adalah salah satu acara yg paling terkenal di Jerman dan terbesar di dunia. Di anggarkan seramai 6 juta org terlibat dalam acara meminum air kencing setan nih acara ini juga di hadiri juga org dari negara luar. Di fahamkan pembuat2 air kencing setan dari seluruh dunia berkumpul untuk memeriahkan acara ini dan di anggarkan sebanyak 7 juta liter air kencing setan ni pernah di telan dek manusia pada tahun 2007. Pengunjung acara ni jugak akan di hidangkan dgn pelbagai makanan tradisional org Bavaria antaranya Hendl(ayam), Schweinebraten (babi panggang), Schweinshaxe (ham keadaan berhutang panggang), Steckerlfisch (ikan panggang pada sebatang kayu), Würstl (sosej) bersama-sama dengan Brezeln (Pretzel), Käsespätzle Knödel (ladu kentang atau roti), (mi keju), Reiberdatschi (penkek kentang), Sauerkraut atau Rotkohl / Blaukraut (kubis merah) bersama-sama dengan hidangan Bavaria seperti Obatzda (rempah ratus penyebaran keju mentega) dan Weisswurst (sosej putih ).

Ok...dah jelas kan apa dia itu Oktoberfest...sekarang, dalam facebook ada satu fan page yg di namakan "Oktoberfest Malaysia". Aku tak heran la kalau "oktoberfest" ada peminat kat Malaysia sebab kat Selangor tersergam indah kilang Guiness & Carlsberg nih. Guiness kat kat Sg. Wei & Carlsberg kat Batu 3, Shah Alam. Kedua-dua nya boleh kita nampak di laluan Lebuhraya Persekutuan.

Fan page oktoberfest Malaysia ni mendapat 136k "like" maknanya peminat la tu. Persoalannya kenapa ada gak org melayu dan dah pasti, bila aku sebut melayu maknanya diaorg nih islam "like" page nih. Kenapa jadi mcm nih? Nak kata diaorg tak tau oktoberfest ni mcm fan page biasa, mustahil. Sebab apa aku kata mustahil? Terang-terangan kat cover timeline page ni menunjukkan page ni support air kencing setan. Lihat gambar di bawah:-


Korang mesti tertanya2 kenapa plak aku tulis pasal fan page nih kan. Mcmana boleh aku terpikir nak tulis pasal fan page nih sebab ada di antara network aku, like page nih...astaga!!! Lepas tu aku siasat siapa lagi malaun yg beragama islam like page nih. Penemuan aku yg paling memeranjatkan, pelajar UIA pun ada minat page nih...Rasa nak kiamat aku rasa dunia nih. Terus terang aku katakan, aku bukan la alim & pengetahuan agama aku pun cetek. Tapi aku tau mana yg halal & mana yg haram. Tekan like utk fan page ni maknanya kita bersubahat dgn org meminum arak. Pikir2 kan lah....

Wassalam...