Tuesday, October 16, 2012

[TMI]Salah laku polis

Assalamualaikum...

Salah laku polis2 kat Malaysia ni semakin teruk. Aku tak nafikan masih ada polis yg baik. Tapi kebanyakkannye teruk. Di sebabkan perangai polis2 yg teruk nih lah menyebabkan rakyat Malaysia tidak lagi yakin dgn PDRM & sistem perundangan di Malaysia. Aku rasa perlu di adakan satu jabatan yg memantau salah laku polis & di beri kuasa untuk menyiasat, menangkap serta mendakwa di mahkamah polis2 yg di dapati bersalah.

Seringkali kita dgr pegawai2 atasan polis cakap, kalau ada anggotanye ada salah laku buat repot kat balai polis. Boleh diterima dek akal ke polis yg buat salah kat kita, kita plak buat report kat pihak polis suruh siasat salah laku polis kat kita. Kan mengarut tu. Contoh Norizan, mangsa tembakan fail saman ke atas kerajaan Malaysia dan PDRM. Kata mangsa, Menteri Dalam Negeri berjanji utk memberikan keadilan pada mangsa. Malangnye janji telah dicapati. Dan yang paling best skali, "penolong pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Mohd Kamaruddin Md Din pada Jun dalam satu kenyataan memutuskan tiada sebarang pertuduhan terhadap pegawai polis yang terbabit dalam kejadian tersebut." Apa nih? Setakat kene lempang ke, kene tumbuk ke ok lg la bg aku...tapi ni dah kene tembak beb. Di ulang lagi skali, kene tembak beb + kene tendang + kene pijak sampai tulang rusuk retak. Ini dah melampau beb...

Seperti yg aku cadangkan & dah ramai cadangkan, perlu di tubuhkan satu jabatan yg ada kuasa untuk memantau salah laku polis. Perkara nih perlu di bawa ke parlimen. Mesti di bawa....

Wassalam...