Showing posts with label spekulasi. Show all posts
Showing posts with label spekulasi. Show all posts

Friday, November 16, 2012

KJ tunggu masa

Assalamualaikum...

"Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah menawarkan dirinya untuk mempertahankan jawatannya dalam parti, tetapi berkata beliau memilih untuk tidak bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ, dilaporkan dalam akhbar The Star hari ini sebagai berkata beliau telah menyatakan perkara itu kepada Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Bagaimanapun, katanya, jika perdana menteri mahunya bertanding (kerusi parlimen), beliau akan akur.

KJ dilaporkan telah menulis dalam twitter awal tahun lepas bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi parlimen Rembau yang dimenanginya pada pada 2008.

Khairy, 36, menang jawatan Ketua Pemuda Umno dengan menewaskan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir dan juga bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo.

Khairy kini merupakan pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd tetapi tidak memegang sebarang jawatan dalam kabinet."


KJ tau, ramai org umno tak berapa suka ngan dia. Especially Tun M...mmg tak suka dia nih sebab dia nih menantu musuh dia iaitu Tun A. Tapi tak tau la dia boleh kekal ke tidak sebab skrg Tun M pun tgh berperang ngan Najib sebab nak naikkan Muhyiddin...Mungkin Najib akan kekalkan KJ & diaorg akan buat team utk jatuhkan Muhyiddin & anak Tun M, Mukhriz...Mukhriz pernah kalah ngan KJ dlm pemilihan Ketua Pemuda. Tapi mengikut spekulasi aku, Najib mungkin tak boleh menang sebab banyak sgt skandal...Nak ikutkan Muhyiddin pun banyak skandal...Senang cite, semua org umno ada skandal...hahaha...diaorg tak penah lekang ngan skandal. Umno ngan skandal ibarat aur ngan tebing, ibarat isi ngan kuku....hahaha...

Apa pun, apa yg aku tulis nih tak menjadi kenyataan. Sebab, lepas nih umno akan terkubur lepas PRU 13 nih. So, takde la spekulasi yg aku tulis tadi...

Akhir kata dari aku...aku pun tak tau apa yg aku nak tulis dlm post nih...nampak sgt aku tengah merepek...tapi terima kasih kat sesiapa yg baca tulisan aku yg merepek nih...hahaha

Friday, November 2, 2012

[Ulasan aku] Isu air

Assalamualaikum....

Tengok tajuk je aku dah naik menyampah. Air pun nak di politikkan. Baik PR & BN, masing2 keras kepala.  Nak ikutkan kelebihan skrg memihak kpd BN sebab ramai yg sokong Langat 2 patut di teruskan. Mmg la ramai yg sokong, sebab diaorg tak tau kaedah membran nih. Langat 2 menggunakan kaedah rawatan air menggunakan bahan kimia & hasil air pun tak berapa bersih yg menelan kos sebanyak RM 3 billion. Manakala kaedah membran menghasilkan air bersih & menelan kos RM 800 juta.

Dah aku google segenap ceruk alam maya, rata2 yg aku baca, kaedah ni lebih murah dari segi penyelangaraan. Kat Malaysia pun dah pakai kaedah ni. Negeri yg pakai kaedah ni Pulau Pinang, kat Bukit Panchor. klik sini

Mengikut kajian, kaedah ni lagi bagus sebab air yg di suling menggunakan kaedah ni peratusan bersih adalah 98%. Kaedah membran nih mulanya di gunakan kilang2 makanan & minuman. Bayangkan air coke yg korang minum skrg nih, pakai kaedah membran. Sumber air dari air paip, disuling menggunakan kaedah membran, pastu terus di jadikan minuman, korang pun minum. See...bersih 4.0. Tapi, bergantung gak keadaan paip2 saluran utama. Kalau paip2 utama berkarat & tak dituka lagi, mmg berkeladak gak la air yg kita dpt.

Ok...mengikut spekulasi yg aku buat, kenapa kerajaan cakap kaedah membran nih tak bagus, sebab ada desakan dari tokey2 syarikat yg jual alat suling air. Itu spekulasi aku la. Betul tak betul, aku tak tau la. Tapi, mungkin betul. Sebab, mengikut firasat aku, kalau kaedah membran ni diguna pakai, lingkup la syarikat yg jual alat penapis air nih. Sebab, air yg disalurkan kat umah2 dah bersih. Tak payah tapis lagi.

So, mana yg patut kita pilih. Langat 2 yg menelan belanja RM 3 billion yg menghasilkan air lebih berkeladak, disamping tu mengayakan kroni2 & tokey2 penapis air atau kaedah membran yg menelan kos RM 800 juta, dpt air bersih & tidak mengayakan kroni & menyebabkan tokey2 jual penapis air gulung tikar.

wasalam..