Sunday, October 21, 2012

[MK]Jawapan aku kepada Najib...

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini memberi amaran bahawa rakyat mungkin tidak akan berpeluang untuk menukar kerajaan semula kepada BN sekiranya Pakatan Rakyat gagal menjalankan tugas sebagai kerajaan persekutuan."

Sape cakap tak boleh? Boleh je...Pilihanraya 5 tahun skali. Kalau rakyat tak suka, kita tukar je la. BN je yg guna tipu helah semata-mata nak kuasa. Tengok je la rampasan kuasa kat Perak. 


"Katanya, negara boleh "hancur" dalam tempoh lima tahun sekiranya Pakatan mengambil alih pentadbiran negara."

BN dah 55 tahun memerintah. Makin lama makin hancur. Setiap kali audit, mcm2 benda tak elok yg terbongkar.

"Boleh ke tidak mereka ambil risiko, bolehkah kita gadaikan masa depan kita? Ada juga orang kata tapa apa. Kalau tak betul nanti kita tukar balik."

Kalau rakyat undi BN lagi la tinggi risikonya.

"Jangan kata lima tahun, dalam setahun pun negara kita boleh rosak merudum. Hancur, tertiarap... Ekonomi boleh lumpuh, saham boleh jatuh"

4 negeri yg PR perintah, xde masalah pun. Makin maju lagi ada la. Contoh kat Selangor, dpt air free. BN yg memerintah selama 55 tahun tak penah nak buat pun. Ini menunjukkan PR memerintah lebih baik dari BN.

"Najib mengambil contoh krisis kewangan yang melanda Malaysia pada 1997, dan menyalahkan menteri kewangan dan timbalan perdana menteri pada waktu itu Datuk Seri Anwar Ibrahim atas perkara itu."

Dey tambi...jgn nak tipu la. Nor Mohamed Yakcop yg menyebabkan negara kehilangan RM30 billion, Anwar plak yg kene buang.

"Siapa menteri kewangan masa itu? Siapa ambil langkah nak serah kepada IMF (International Monetary Fund) supaya pentadbiran negara, kedaulatan negara serah kepada IMF?"

Mahathir...

Soalan itu disambut dengan laungan "Anwar" daripada para hadirin.

Pengampu...

"Kalau kita benarkan perkara itu berlaku hari ini, sesetengah taikor (pembesar) dalam dewan ini, barangkali pakai selipar getah, kaki ayam (sekarang)," katanya lagi.

Taikor yg bagi rasuah...

Oleh itu, beliau menggessa MCA supaya mengingatkan rakyat Malaysia supaya memilik kerajaan yang mempunyai rekod perkhidmatan dan pengalaman.

Tak payah la nak suruh MCA. Takde sape nak undi MCA lagi...