Showing posts with label Khairy Jamaluiddin. Show all posts
Showing posts with label Khairy Jamaluiddin. Show all posts

Wednesday, December 5, 2012

KJ dah makin bangang



Siasat la jgn tak siasat. Kalau nak ikutkan kenapa setiap kali PR buar ceramah ada je yg kacau? Kenapa? Kenapa? & Kenapa? Bangang punye kj. Bila chegu bard sampuk tanya soklan cepumas, terus hilang. Tak jawab....hahaha...

Apa salah pemimpin2 PR nak buat ceramah pun asik nak kene kacau. Naik bas kene kacau, kat masjid pun kene kacau...apa nih? Apa nak jadi ngan korang nih? Dah hilang akal ke? Dah takut sgt ke? Korang jgn main tau...kat dunia nih, boleh la korang jadi gangster, nanti kat akhirat baru la korang tau, siapa lagi gangster.

Cuba muhasabah diri sket. Tanya kat diri sendiri, kenapa mesti kacau org nak berceramah. Nak ikutkan penyokong PR ada ke kacau ceramah korang. Dulu ada gak penyokong PR datang ceramah korang, tapi kene halau. Dah kene halau diaorg balik. Takde la buat provokasi, baling batu, tikam, dan mcm2 lagi. Lagi pun, kitaorg pun taknak kacau ceramah2 anjuran korang, sebab takde org nak pegi ceramah korang. Hahahaha....

Mesti korang jeleskan...setiap kali PR buat ceramah, mesti ramai yg turun. Itu la...lain kali, cermin diri. Rakyat dah tolak umno ngan bn. Jgn jadi bangang buat kacau kat ceramah org.

Akhir kata dari aku...setakat baling batu, kelapa tua penyokong2 PR tak heran. Cuba korang baling bom plak...baru la kitaorg heran...hahaha...


Friday, November 16, 2012

KJ tunggu masa

Assalamualaikum...

"Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah menawarkan dirinya untuk mempertahankan jawatannya dalam parti, tetapi berkata beliau memilih untuk tidak bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ, dilaporkan dalam akhbar The Star hari ini sebagai berkata beliau telah menyatakan perkara itu kepada Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Bagaimanapun, katanya, jika perdana menteri mahunya bertanding (kerusi parlimen), beliau akan akur.

KJ dilaporkan telah menulis dalam twitter awal tahun lepas bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi parlimen Rembau yang dimenanginya pada pada 2008.

Khairy, 36, menang jawatan Ketua Pemuda Umno dengan menewaskan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir dan juga bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo.

Khairy kini merupakan pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd tetapi tidak memegang sebarang jawatan dalam kabinet."


KJ tau, ramai org umno tak berapa suka ngan dia. Especially Tun M...mmg tak suka dia nih sebab dia nih menantu musuh dia iaitu Tun A. Tapi tak tau la dia boleh kekal ke tidak sebab skrg Tun M pun tgh berperang ngan Najib sebab nak naikkan Muhyiddin...Mungkin Najib akan kekalkan KJ & diaorg akan buat team utk jatuhkan Muhyiddin & anak Tun M, Mukhriz...Mukhriz pernah kalah ngan KJ dlm pemilihan Ketua Pemuda. Tapi mengikut spekulasi aku, Najib mungkin tak boleh menang sebab banyak sgt skandal...Nak ikutkan Muhyiddin pun banyak skandal...Senang cite, semua org umno ada skandal...hahaha...diaorg tak penah lekang ngan skandal. Umno ngan skandal ibarat aur ngan tebing, ibarat isi ngan kuku....hahaha...

Apa pun, apa yg aku tulis nih tak menjadi kenyataan. Sebab, lepas nih umno akan terkubur lepas PRU 13 nih. So, takde la spekulasi yg aku tulis tadi...

Akhir kata dari aku...aku pun tak tau apa yg aku nak tulis dlm post nih...nampak sgt aku tengah merepek...tapi terima kasih kat sesiapa yg baca tulisan aku yg merepek nih...hahaha

Friday, November 2, 2012

Respek tapi hentam gak


Khairy Jamaluddin
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin
"KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini menyeru warga Internet supaya bersikap lebih matang dalam menggunakan laman sosial.

Sambil menyatakan bahawa media sosial tidak mempunyai sempadan dalam penyebaran maklumat, beliau menasihati mereka agar menggunakan alat yang amat penting itu bagi tujuan yang boleh memberi manfaat.

Beliau berkata ini termasuk memberi maklumat kepada orang lain tentang pelbagai perkara seperti keadaan lalu lintas, banjir, kemalangan dan sebagainya.

"Seperti di Amerika, orang menggunakan media sosial untuk berhubung dan menawarkan bantuan kepada mereka yang terjejas oleh Taufan Sandy yang begitu dahsyat baru-baru ini," katanya kepada pemberita pada pelancaran lunak Minggu Media Sosial Malaysia 2013 di sini.

Dianjurkan Malaysia Social Media Chambers dengan kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, acara itu dijadual berlangsung dari 26 Feb hingga 3 Mac tahun depan.


Khairy juga memuji langkah kerajaan menggunakan media sosial dalam menyebar maklumat kepada orang ramai. - Bernama"

Aku salah sorang follower mamat nih dlm twitter. Dia ni mmg rajin twit & byk bagi info. Tapi, tang bab dia bagi kenyataan nih mmg aku kene hentam dia. Nak suruh kitaorg matang, cermin diri dulu. Maksud aku tengok dulu cybertrooper upahan bn dulu. Cybertrooper upahan korang semuanya kaki fitnah. Kitaorg gunakan laman sosial dgn matang apa. Banyak skandal2 korang kitaorg dedahkan di laman sosial. Sebab, nak harap skandal korang ni kuar kat tv, jgn harap la. So, nasihat aku, jgn bagi kenyataan yg menyakitkan hati aku. Karang kene balik...

wasalam...