Thursday, October 18, 2012

[TMI]AES kamera

Assalamualaikum...

Pemasangan kamera Sistem Pelaksanaan Automatik (AES) di 831 lokasi  seluruh negara tetap di teruskan menurut Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abd Rahim Bakri. Dengan kadar purata 19 kematian sehari atau purata 448,000 kemalangan setahun dan kos sosial yang terpaksa ditanggung kerajaan adalah tidak kurang RM 9 bilion setahun. Beliau juga menyatakan sistem itu yang beroperasi pada fasa percubaan sejak 23 Sept  lepas telah merekodkan sebanyak 63,558 imej kesalahan lalu lintas dirakam di seluruh negara.



Kalau mengikut kenyataan timbalan menteri nih mmg elok gak kalau pasang kamera nih. Tapi, pembangkang plak menentang. Dah memang pembangkang, mmg la diaorg bangkang je apa yg kerajaan buat. Dan diaorg bangkang pun bukan bangkang membuta tuli. Ada isu yg dimainkan pembangkang dalam hal nih. Contoh, bila kamera nih nak di pasang, kerajaan akan bukak tender utk memasang bende nih. Dan bila bukak tender, paham2 je la. Mesti kroni yg dpt. Dan bila kroni yg dpt, diaorg akan letak harga yg melampau, dan kerajaan akan guna duit rakyat utk membayar kroni2 bangsat nih. Selain daripada tu pihak pembangkang juga mendakwa, kerajaan memasang kamera tersebut di tempat yg tidak sepatutnye. Itu je isunye.

Abd Rahim Bakri juga menyatakan bahawa pemansangan kamera ni telah di praktikan di 92 negara & berjaya mengurangkan kadar kemalangan. Persoalannye skrg, boleh ke dgn pemasangan kamera nih boleh mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia ni? Tengok je la masa perayaan, dah berbelas2 Ops Sikap polis jalankan, ternyata hampeh. Roadblock buat sana sini, indeks kemalangan naik gak.

Skrg zaman teknologi canggih, melalui telefon kita boleh tau kat mana diaorg letak kamera2 nih. Contoh software yg dpt detect kamera nih, waze. Software nih boleh install dlm iphone, android, blackberry & windows mobile. So, cepat2 la dptkan smartphone utk tergolongkan diri anda dlm golongan rakyat Malaysia yg bijak, benci kerajaan & anda ingin diri anda menaikkan lagi indeks kemalangan jalan raya kat Malaysia ni...hahaha...

Wassalam...