Tuesday, October 16, 2012

Laporan Ketua Audit Negara 2011

Assalamualaikum...

Laporan Ketua Audit Negara 2011 dah di bentangkan di parlimen semalam lepas 2 minggu tertangguh. Kalau dah tertangguh 2 minggu, paham2 je la...takkan la vendor yg print laporan tu tak sempat nak print kot. Ini kali kedua laporan audit tertangguh. Sebelum nih 2010 pun sama. Dan bila ada penangguhan di situ ada spekulasi...hahaha...

Bila laporan audit ni lambat keluar, mcm2 la spekulasi yg timbul. Dan seperti yg kita semua jangka, mmg ada bende tak elok atau rasa panas mendidih je bila duit rakyat di gunakan sewenang2nye oleh kerajaan. Dan rasa meluap2 nak tukar kerajaan makin menjadi2. Berikut senarai yg boleh di jadikan isu oleh pihak pembangkang PR selepas terbongkarnye skandal NFC pada laporan audit 2010:-


  1. 9 syarikat milik kerajaan persekutuan yang mencatatkan keuntungan selepas cukai bagi tempoh tiga tahun berturut-turut, namun tidak mengisytiharkan atau mencadangkan dividen kepada kerajaan. Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati, syarikat itu mengumpulkan keuntungan terkumpul selepas cukai sebanyak RM943.46 juta. 
  2. Projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang dan Ipoh - Pengauditan yang dijalankan pada akhir tahun 2008 mendapati anggaran kerugian yang dialami kerajaan adalah berjumlah RM1.140 bilion apabila kontraktor asal gagal menyiapkan projek. "Bagaimanapun, keseluruhan jumlah ini tidak dapat dituntut daripada kontraktor kerana menurut syarat kontrak, liabiliti maksimum yang boleh dituntut daripadanya adalah terhad kepada 10 peratus daripada nilai kontrak iaitu RM257.99 juta sahaja. 
  3. Dua syarikat kerajaan Rangkaian Pengangkutan Deras Sdn Bhd (RapidKL) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) mengalami kerugian lebih RM1 bilion sehingga akhir 2010, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011. 
  4. Kontrak untuk membina kuarters untuk kakitangan yang berkahwin menelan kos sebanyak RM3.21 bilion namun hasil projek berkenaan dinyatakan tidak memuaskan. Kos untuk 38 projek tersebut melibatkan 9,455 unit kuarters dari jenis pangsapuri hingga banglo pada asalnya dianggarkan menelan kos RM1.74 bilion namun meningkat 84 peratus kepada RM3.21 bilion. 
  5. Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam menerima teguran daripada Ketua Audit Negara kerana menyimpan perabot lama di dalam bilik kebal yang sepatutnya digunakan untuk menyimpan dokumen rahsia besar. "Perenggan 58 Arahan Keselamatan antaranya menyatakan dokumen terperingkat Rahsia Besar merupakan dokumen yang perlu disimpan di dalam bilik kebal atau peti besi yang sepatutnya dipasang dengan kunci tatakira. "Bagaimanapun, lawatan Audit ke Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia mendapati bilik kebal yang disediakan tidak digunakan mengikut fungsi bilik berkenaan. "Sebaliknya, bilik tersebut telah digunakan untuk menyimpan perabot lama, peralatan pembersihan dan bekalan pejabat. 
  6. Seorang pegawai kastam membeli ratusan barangan yang tidak diperuntukkan yang mencecah RM1.82 juta, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011. Pegawai tersebut, yang tidak dinamakan dalam laporan itu, telah membuat pesanan secara lisan bagi barangan tersebut, yang sesetengahnya berharga ribuan ringgit, dan melebihi kuantiti yang diluluskan oleh Jawatankuasa Penetapan Permohonan Pembelian Peralatan Logistik Pencegahan. 
  7. Satu rancangan untuk menubuhkan rangkaian restoran Malaysia di lokasi antarabangsa melalui projek MyFranchise berakhir apabila hampir kesemua pelaburan berkenaan mengalami kerugian, menurut laporan Ketua Audit Negara 2011. Audit berkenaan mendapati syarikat Malaysia International Franchise Sdn Bhd (MyFranchise) yang merupakan anak syarikat Perbadanan Nasional Bhd, "tidak berpengalaman" dan ini membawa kepada penutupan kedainya di Tokyo dan London.
Ini baru sket je tau. Mungkin ada banyak lagi yg akan di bongkar. Sumber: Malayskia Kini.

0 comments:

Post a Comment