Friday, November 2, 2012

Delima orang kerja kerajaan

Assalamualaikum...

Alkisahnya, abg ipar aku & kakak ipar aku nih pegawai kerajaan. Boleh dikatakan pegawai tinggi jugak la. Meeting sana sini. Mmg jarang ada kat umah, sampaikan maid yg sepatutnye jaga nenek sedara bini aku pun boleh lari. Klik kat sini kalau nak tau cite. Jabatan mana diaorg ni keje, aku tak boleh dedahkan. Mampus aku kalau kakak ipar & abg ipar aku tau kalau aku reveal bende nih. Dah la kakak ipar & abg ipar aku nih rajin layan blog2 yg pro PR.

Mengikut cerita abg ipar aku, pegawai kerajaan semuanya kerja mengikut prosedur. Diorg ni kerja bersungguh2 tau. Bukan yg jaga kat kaunter2 tu. Yg aku maksudkan pegawai tinggi kerajaan. Contoh, Ketua Setiausaha Negara, Timbalan Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Setiausaha & Timbalan Ketua Setiausaha kementerian serta pegawai2 bawahan diaorg nih. Org2 yg aku sebutkan tadi semuanya ada kat pusat pentadbiran negara di Putrajaya. Diaorg nih mengikut abg ipar aku bekerja bagai nak rak, termasuk abg & kakak ipar aku. Bayangkan, diaorg masuk kerja pukul 6.00 pagi balik kekadang tengah malam. Kakak ipar aku contoh, pegi keje pukul 5.15, sampai tempat keje pkl 5.45 @ 5.50. Belum sempat duduk, bos dia dah call nak meeting. Abg ipar aku pun sama. Aku tanya kenapa awal sgt meeting? Alasan dia, time tu je dpt jumpa Ketua Setiausaha Negara. Nak ikutkan mmg betul2 bz KSU negara kita nih. Mengikut cite abg ipar aku, nak jumpa KSU negara nih kene beratur. Setiap KSU kementerian akan dpt jumpa dia time ni je. Time yg lain, dia hilang. Maksud aku bukannye duduk umah tido. Tapi meeting di sana, sini...

Cara kerja diaorg nih berbeza dgn kita yg kerja swasta. Contohnya, projek Rapid Pengerang. Banyak jabatan & kementerian yg terlibat dlm projek nih. Dan berlambak meeting dah dibuat sebelum kabinet luluskan projek nih. Projek Rapid pengerang nih di kawal selia Kementerian Pengangkutan. So, yg meluluskan projek ni utk di bawa ke kabinet ialah ketua setiausahanya. Kalau KSU kata tak boleh buat projek nih, menteri pun tak boleh lawan. Sebab yg akan sain surat utk meluluskan projek nih ialah KSU kementerian. Ada sesetengah kes, dimana menteri bengang dgn KSU tak nak sain surat lulus satu projek. Menteri bengang sebab kalau KSU tak lulus takde la side income utk diaorg nih. Menteri bengang yg bangang ni plak akan mintak sain kat timbalan KSU & timbalan KSU yg bangang ni plak kaki ampun & sain surat lulus. Dlm pada tu, menteri yg bangang tadi akan mintak JPA pindahkan KSU yg tak seangkatan dgn dia ke kementerian lain. Bila dah dpt dibawa ke kabinet, kabinet sebulat suara luluskan. Katakanlah, projek menteri bangang tadi tak menjadi, yg dipersalahkan timbalan KSU yg sain surat tadi. JPA akan tukarkan timbalan KSU nih ke tempat lain. Bukan menteri yg dipersalahkan, tapi org yg sain surut lulus tu yg kene. Korang nampak tak apa masalah pegawai2 tinggi kerajaan? Inilah delima yg dihadapi oleh pegawai2 tinggi kerajaan skrg. Menteri yg buat taik, pegawai kerajaan yg kene.

So, sebagai ingatan semua, jgn salahkan pegawai kerajaan. Jgn ckp org kerajaan tak buat kerja. Abg ipar aku pernah ckp kat aku, setiap kali keluar laporan ketua audit negara, dari situ kita akan nampak kepincangan kementerian yg terlibat. Setiap masalah itu dtg dari menteri sendiri yg mendesak pegawai kerajaan utk meluluskan sesuatu projek. Akhir kata dari abg ipar aku yg paling best "kitaorg sebagai pegawai kerajaan diberi amanah utk melaksanakan kerja yg diberi, tapi menteri2 nih yg tak amanah dlm menyalurkan projek2 kat kroni2 dan kontraktor2 yg bermasalah. Kitaorg takkan gadai negara, tapi menteri sanggup gadai negara semata-mata nak dptkan duit"

Cayalah abg ipar aku. Respect sama dia...

wasalam...