Showing posts with label hampeh.. Show all posts
Showing posts with label hampeh.. Show all posts

Monday, October 29, 2012

[MK] Chegubard berang, dakwa polis 'hilangkan diri'

"Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin kecewa dengan tindakan polis yang didakwanya menghilangkan diri sewaktu berlakunya kekecohan di ceramah Pakatan Rakyat di Johor kelmarin.NONEBadrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard antara penceramah dalam majlis yang dianjurkan oleh DAP di ibu pejabat PAS Sri Alam di Masai pada malam kelmarin.

Dakwanya, sebaik program bermula jam 9 malam, sekumpulan 10 hingga 12 individu mengunci dalam sebuah balai raya yang terletak 50 meter serta memasang kaset ceramah dengan kuat.

Beliau mendakwa, individu itu penduduk tempatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Umno dan balai raya tersebut telah ditukar menjadi bilik operasi BN.

Badrul mendakwa, beliau kemudiannya berulang-ulang kali menggunakan mikrofon di atas pentas meminta polis untuk bertindak terhadap provokasi tetapi mendakwa anggota polis yang berpakaian preman dan beruniform 'secara misteri' menghilangkan diri.
NONE"Saya panggil tiga kali supaya polis supaya tampil dan hadirin juga memanggil mereka tetapi tiada seorang pun berbuat demikian.

"Saya yakin ada anggota polis kerana polis berpakaian preman telah memasang video kamera di hadapan pentas," katanya sambil menambah kekecohan itu berlaku sekalipun Pakatan telah memaklumkan kepada polis sejak dua minggu lalu.

Katanya, apabila suasana semakin tegang, beliau 'menyelamatkan' video kamera itu atas sebab keselamatan memandangkan terdapat hadirin yang berang telah menghampirinya.

Badrul juga menjelaskan beliau tidak berniat untuk mencuri video kamera tersebut sebaliknya bimbang dengan keselamatannya dan berjanji akan memulangkannya selepas berbincang dengan Ketua Cawangan Khas Johor Ramli Hassan."


Biasa la tu Chegubard. Negara kita ni dah tak selamat. Kita harapkan polis akan melindungi kita, tapi diaorg nih dpt arahan untuk melindungi org umno je...pasni tawan putrajaya kita tukar terus pegawai2 atasan polis yg asyik ikut telunjuk menteri2 umno ni. InsyaAllah...

Thursday, October 18, 2012

[TMI]AES kamera

Assalamualaikum...

Pemasangan kamera Sistem Pelaksanaan Automatik (AES) di 831 lokasi  seluruh negara tetap di teruskan menurut Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abd Rahim Bakri. Dengan kadar purata 19 kematian sehari atau purata 448,000 kemalangan setahun dan kos sosial yang terpaksa ditanggung kerajaan adalah tidak kurang RM 9 bilion setahun. Beliau juga menyatakan sistem itu yang beroperasi pada fasa percubaan sejak 23 Sept  lepas telah merekodkan sebanyak 63,558 imej kesalahan lalu lintas dirakam di seluruh negara.



Kalau mengikut kenyataan timbalan menteri nih mmg elok gak kalau pasang kamera nih. Tapi, pembangkang plak menentang. Dah memang pembangkang, mmg la diaorg bangkang je apa yg kerajaan buat. Dan diaorg bangkang pun bukan bangkang membuta tuli. Ada isu yg dimainkan pembangkang dalam hal nih. Contoh, bila kamera nih nak di pasang, kerajaan akan bukak tender utk memasang bende nih. Dan bila bukak tender, paham2 je la. Mesti kroni yg dpt. Dan bila kroni yg dpt, diaorg akan letak harga yg melampau, dan kerajaan akan guna duit rakyat utk membayar kroni2 bangsat nih. Selain daripada tu pihak pembangkang juga mendakwa, kerajaan memasang kamera tersebut di tempat yg tidak sepatutnye. Itu je isunye.

Abd Rahim Bakri juga menyatakan bahawa pemansangan kamera ni telah di praktikan di 92 negara & berjaya mengurangkan kadar kemalangan. Persoalannye skrg, boleh ke dgn pemasangan kamera nih boleh mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia ni? Tengok je la masa perayaan, dah berbelas2 Ops Sikap polis jalankan, ternyata hampeh. Roadblock buat sana sini, indeks kemalangan naik gak.

Skrg zaman teknologi canggih, melalui telefon kita boleh tau kat mana diaorg letak kamera2 nih. Contoh software yg dpt detect kamera nih, waze. Software nih boleh install dlm iphone, android, blackberry & windows mobile. So, cepat2 la dptkan smartphone utk tergolongkan diri anda dlm golongan rakyat Malaysia yg bijak, benci kerajaan & anda ingin diri anda menaikkan lagi indeks kemalangan jalan raya kat Malaysia ni...hahaha...

Wassalam...