Monday, October 29, 2012

[MK]'Keluar majlis Chua bukan tanda sokongan merosot'

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tindakan sebahagian masyarakat Cina keluar daripada majlis ketika Presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di Kulai, Johor semalam berucap bukan petanda pengurangan sokongan.

Liow berkata, pihaknya sudah mendapat banyak sokongan dengan penganjuran majlis makan malam mega di pelbagai tempat dan insiden semalam tidak membawa maksud bahawa ia menjadi isu besar.
NONE"Ia tidak bermakna mereka tidak memberikan sokongan kepada kita," katanya dalam sidang media selepas merasmikan kongres berkaitan sel tunggal di Kuala Lumpur hari ini.

China Press hari ini melaporkan, kira-kira 20 peratus daripada 15,000 yang hadir dalam majlis makan malam MCA di Kulau keluar ketika Dr Chua berucap.

Penganjur program bertajuk "Kestabilan melampaui huru-hara" bagaimanapun menjelaskan tindakan peserta keluar awal bertujuan mengelak kesesakan jalan raya.

Liow menjelaskan, Johor masih kubu kuat MCA


Ayooo...kalau dah 20% daripada 15000 org yg keluar bila CSL berucap kira banyak la tu. Nampak sgt masyarakat cina kat Johor benci kat dia.
Kepada timbalan presiden mca, nak membohong pun agak2 la. Kenapa diaorg keluar masa CSL berucap? Budak kecik pun boleh agak ape...bila dah berduyun-duyun org keluar bila CSL berucap, maknanye masyarakat lu sendiri dah tak boleh terima kaki porno nih...lol
Kalau dah 3000 org blah bila CSL berucap, bukan tanda sokongan merosot? Apa yg kita patut panggil? Itu tanda sokongan makin bertambah? Abis tu, program jelajah Anwar ramai yg dtg, tandanye sokongan ke atas Anwar makin berkurang, gitu ke? Cikgu matematik mana yg ajar kamu nih? Mangkuk berayun punye timbalan presiden...pegi blajar matematik balik, bahagian 'kebarangkalian'...hahaha...