Assalamualaikum...
Saje nak kongsi ngan korang senarai diktator yg di iktiraf dunia.
1. Isaias Afewerki
Afewerki, 65, terlibat dalam memerdekakan Eritrea. Tidak ada perlembagaan rasmi, dan setiap lelaki yang berumur 18 tahun dipaksa menjalani program "khidmat negara" dimana mereka dijadikan buruh paksa. Lebih daripada 50,000 rakyatnya telah melarikan diri ke kem pelarian di Ethiopia. Barat mendakwa bahawa Afewerki ada kaitan membantu militan Al-Qaeda Somalia.
2. Omar Al-Bashir
Omar al-Bashir mengetuai rampasan kuasa ketenteraan pada tahun 1989 terhadap Perdana Menteri Sadeq al-Mahdi pemimpin yang dipilih secara demokrasi di Sudan. Selepas menggulingkan Sadeq, Bashir membubarkan Parlimen dan mengharamkan semua parti politik. Beliau menamakan dirinya sebagai perdana menteri baru.
3. Islam Karimov
Presiden Islam Karimov, yang telah memerintah Uzbekistan sejak sebelum kemerdekaan pada tahun 1990, kini berkhidmat untuk penggal ketiga sebagai presiden. Dalam realiti bagaimanapun, kerajaan Uzbekistan tidak mengamalkan sistem demokratik. Rakyatnya menjadi mangsa penyeksaan dan penangkapan sewenang-wenangnya serta tidak mempunyai kebebasan bersuara dan agama.
4. Bashar al-Assad
Dia nih aku tak payah diperkenalkan lah. Korang sendiri tau la apa dia buat. Sanggup bunuh rakyat sendiri semata2 kuasa.
5. U Thein Sein
Telibat dalam rampasan kuasa hampir 50 tahun yang lalu di Myanmar, ketua kepada junta tentera ni menggunakan kekerasan terhadap rakyatnya sendiri dimana rakyatnya dinafikan hak mereka sebagai warganegara. Kaum minoriti terus menderita, dipukul, rogol, ada diantaranya di bom.
6. Gurbanguly Berdymuhammedov
Dia nih adalah presiden Turmeknistan, dekat2 dgn negara setan. Perangai dia pun mcm setan. Menggunakan pasukan keselamatan untuk kepentingan peribadi dimana sesiapa yg menentangnya akan diburu dan di penjara. Kerajaan pimpinan mangkuk ni mengawal media, menyekat akses kepada laman web yang mereka anggap tidak menyenangkan dan merampas mana-mana sastera asing di lapangan terbang yang dibawa masuk oleh pengunjung. Kumpulan hak asasi manusia turut dilaporkan dilarang untuk memasuki negara di nih.
7. Raul Castro
Di lantik menjadi presiden Cuba pada 2008 menggantikan abgnya Fidel Castro. Cuba di takbir Parti Komunis Cuba yg mengawal selia kerajaan dimana tiada kebebasan media. Rakyatnya seramai 11.3 juta tidak dibenarkan untuk meninggalkan negara ini tanpa kebenaran. Walau bagaimanapun, bilangan tahanan politik telah menurun dengan ketara dalam beberapa tahun yang lalu, dan Raul telah memperkenalkan beberapa pembaharuan ekonomi, termasuk menswastakan beberapa tanah pertanian dan hartanah lain. Namun undang-undang yang tidak adil tetap berterusan, termasuk larangan berhimpun yang tidak dibenarkan lebih daripada tiga orang.
8. Teodoro Obiang Nguema Mbasogo
Obiang, 69, menjadi Presiden Equatorial Guinea selepas dia menumbangkan bapa saudara sendiri, yg juga seorang diktator dalam rampasan kuasa berdarah. Sebelum itu, beliau berkhidmat di bawah bapa saudaranya sebagai ketua Penjara Pantai Hitam terkenal dgn jolokan penjara paling teruk di Afrika di mana banduan dilaporkan diseksa dgn teruk. Obaing bersumpah dia akan meletakkan satu pengakhiran kepada rejim ganas keluarganya dan mengamalkan sistem yang lebih demokratik, tetapi dia tidak membenarkan pihak pembangkang bertanding dalam pilihan raya.
9. Hugo Chavez
Pada tahun 1992, cubaan kali pertama Chavez untuk mengambil alih kerajaan Venezuala, beliau telah dimasukkan ke dalam penjara. Beliau kemudian dibebaskan selepas dua tahun. Selepas dibebaskan, beliau kemudiannya menubuhkan Parti Pergerakan Republik Kelima, parti demokratik sosialis, dan beliau telah dilantik menjadi presiden negara itu Februari 1999. Sejak itu, beliau telah membina sebuah pemerintahan junta tentera di negaranya sendiri. Pernah menggelarkan Presiden US yg ketika itu George W. Bush sebagai syaitan di persidangan PBB di New York.
10. Robert Mugabe
Mugabe adalah presiden Zimbabwe yg tak tau mengurus ekonomi. 85% rakyatnya menganggur. Pada tahun 2008, Mugabe bersetuju untuk mengadakan pilihan raya umum, tetapi mengikut bancian yg di jalankan beliau akan kalah dlm pilihanraya tersebut. Beliau mengarahkan penyokong beliau melancarkan serangan ke atas pembangkang, dimana 163 org di bunuh dan menderakan 5000 yg lain. Dia akhirnya menandatangani satu perjanjian perkongsian kuasa dengan pemimpin pembangkang, Morgan Tsvangirai, tetapi dia meletakkan setiap ketua menteri di setiap kementerian adalah orgnya.
0 comments:
Post a Comment