Showing posts with label MCA. Show all posts
Showing posts with label MCA. Show all posts

Monday, November 19, 2012

Bangang tahap gaban +++ punye statement

Assalamualaikum..

sumber: Malaysia Kini

Ikut logik akal la kalau nak bagi statement. Disebabkan pilihanraya nak dekat, korang yg mula2 gunakan isu nih konon nak bantai PR. Bila dah pecah tembelang...korang cakap PR sengaja gunakan isu nih nak menyalahkan kerajaan bn. Bukan ke bangang namanya tuh...MB Selangor nih takkan usik korang kalau korang tak usik dia. Dia nih jenis rilek je...jenis 'ko usik aku, ko abis'...ha...dia nih jenis mcm nih punye org. Tapi ketua mca selangor nih saje je nak cari nahas. Saje je jolok sarang tebuan. Percaya atau tak, lepas nih mesti dia kene. Aku tunggu je lepas nih, apa yg Khalid nak dedahkan pasal ketua mca selangor nih...nantikan...

Apa pun aku respek kat MB Selangor nih, dia ni jenis tak melatah. Berfikir dulu sebelum bertindak. Dia mmg boleh gunakan kuasa dia utk batalkan projek nih, tapi dia siasat dulu sebelum buat keputusan. Apa yg pasti siasatan yg di jalankan pasti akan menemui jawapan yg memeranjatkan. Nantikan siasat dari pihak MB Selangor nih.

Akhir kata dari aku....jgn biarkan diri anda di selubungi misteri...hahaha....

Monday, October 29, 2012

[MK]'Keluar majlis Chua bukan tanda sokongan merosot'

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tindakan sebahagian masyarakat Cina keluar daripada majlis ketika Presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di Kulai, Johor semalam berucap bukan petanda pengurangan sokongan.

Liow berkata, pihaknya sudah mendapat banyak sokongan dengan penganjuran majlis makan malam mega di pelbagai tempat dan insiden semalam tidak membawa maksud bahawa ia menjadi isu besar.
NONE"Ia tidak bermakna mereka tidak memberikan sokongan kepada kita," katanya dalam sidang media selepas merasmikan kongres berkaitan sel tunggal di Kuala Lumpur hari ini.

China Press hari ini melaporkan, kira-kira 20 peratus daripada 15,000 yang hadir dalam majlis makan malam MCA di Kulau keluar ketika Dr Chua berucap.

Penganjur program bertajuk "Kestabilan melampaui huru-hara" bagaimanapun menjelaskan tindakan peserta keluar awal bertujuan mengelak kesesakan jalan raya.

Liow menjelaskan, Johor masih kubu kuat MCA


Ayooo...kalau dah 20% daripada 15000 org yg keluar bila CSL berucap kira banyak la tu. Nampak sgt masyarakat cina kat Johor benci kat dia.
Kepada timbalan presiden mca, nak membohong pun agak2 la. Kenapa diaorg keluar masa CSL berucap? Budak kecik pun boleh agak ape...bila dah berduyun-duyun org keluar bila CSL berucap, maknanye masyarakat lu sendiri dah tak boleh terima kaki porno nih...lol
Kalau dah 3000 org blah bila CSL berucap, bukan tanda sokongan merosot? Apa yg kita patut panggil? Itu tanda sokongan makin bertambah? Abis tu, program jelajah Anwar ramai yg dtg, tandanye sokongan ke atas Anwar makin berkurang, gitu ke? Cikgu matematik mana yg ajar kamu nih? Mangkuk berayun punye timbalan presiden...pegi blajar matematik balik, bahagian 'kebarangkalian'...hahaha...

Sunday, October 21, 2012

[MK]Jawapan aku kepada Najib...

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini memberi amaran bahawa rakyat mungkin tidak akan berpeluang untuk menukar kerajaan semula kepada BN sekiranya Pakatan Rakyat gagal menjalankan tugas sebagai kerajaan persekutuan."

Sape cakap tak boleh? Boleh je...Pilihanraya 5 tahun skali. Kalau rakyat tak suka, kita tukar je la. BN je yg guna tipu helah semata-mata nak kuasa. Tengok je la rampasan kuasa kat Perak. 


"Katanya, negara boleh "hancur" dalam tempoh lima tahun sekiranya Pakatan mengambil alih pentadbiran negara."

BN dah 55 tahun memerintah. Makin lama makin hancur. Setiap kali audit, mcm2 benda tak elok yg terbongkar.

"Boleh ke tidak mereka ambil risiko, bolehkah kita gadaikan masa depan kita? Ada juga orang kata tapa apa. Kalau tak betul nanti kita tukar balik."

Kalau rakyat undi BN lagi la tinggi risikonya.

"Jangan kata lima tahun, dalam setahun pun negara kita boleh rosak merudum. Hancur, tertiarap... Ekonomi boleh lumpuh, saham boleh jatuh"

4 negeri yg PR perintah, xde masalah pun. Makin maju lagi ada la. Contoh kat Selangor, dpt air free. BN yg memerintah selama 55 tahun tak penah nak buat pun. Ini menunjukkan PR memerintah lebih baik dari BN.

"Najib mengambil contoh krisis kewangan yang melanda Malaysia pada 1997, dan menyalahkan menteri kewangan dan timbalan perdana menteri pada waktu itu Datuk Seri Anwar Ibrahim atas perkara itu."

Dey tambi...jgn nak tipu la. Nor Mohamed Yakcop yg menyebabkan negara kehilangan RM30 billion, Anwar plak yg kene buang.

"Siapa menteri kewangan masa itu? Siapa ambil langkah nak serah kepada IMF (International Monetary Fund) supaya pentadbiran negara, kedaulatan negara serah kepada IMF?"

Mahathir...

Soalan itu disambut dengan laungan "Anwar" daripada para hadirin.

Pengampu...

"Kalau kita benarkan perkara itu berlaku hari ini, sesetengah taikor (pembesar) dalam dewan ini, barangkali pakai selipar getah, kaki ayam (sekarang)," katanya lagi.

Taikor yg bagi rasuah...

Oleh itu, beliau menggessa MCA supaya mengingatkan rakyat Malaysia supaya memilik kerajaan yang mempunyai rekod perkhidmatan dan pengalaman.

Tak payah la nak suruh MCA. Takde sape nak undi MCA lagi...