Assalamualaikum...
Alkisah tentang sebuah NGO yg paling bangang di Malaysia. NGO yg aku sendiri jijik nak sebut & tulis dlm blog aku nih. Tujuan penubuhan NGO menurut presidennya yg aku tak mau tulis nama dia blog nih adalah sebagai pelindung "Perkara 153 Perlembangaan Negara" serta mempertahankan agama Islam dan mempertahankan hak2 bumiputera daripada di ambil oleh pihak2 tertentu.
Baru2 nih NGO bangang nih keluarkan kenyataan akan memboikot seorang artis terkenal yg lahir dari program realiti tv namanya Malaysian Idol. NGO bangang nih memboikot artis ni sebab menyanyikan lagu di mana liriknya di selitkan unsur kristian yg telah menghina islam dan lirik lagu tersebut juga di dakwa tidak sensitif dan tidak menghormati mereka yg bukan penganut agama kristian.
NGO bangang ni pun mendesak menteri di jabatan perdana menteri yg menyelia kabinet khas panel antara agama Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon utk mengambil tindakan kepada penyanyi dan penulis lirik lagu tersebut. Menteri ni plak keluarkan kenyataan "Saya tidak mahu mengulas tentang itu. Mereka boleh memboikot kerana mereka suka. Ini sebuah negara yang bebas..." Berikutan serangan NGO bangang ni terhadap penyanyi tersebut, agensi kerajaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengeluarkan tampil mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menyiasat lirik lagu terbabit.
Adalah la plak sorang timbalan menteri yg memegang portfolio Kementerian Pelajaran yg takde kene mengena dlm ini cerita mendesak kementerian dalam negeri merujuk lirik lagu tersebut dengan JAKIM bagi memutuskan samada “benar-benar menyentuh isu iman (akidah). Pandai gak timbalan menteri ni ye...
Meh kita dengar plak kata penyanyi nih...
“Saya mencatat lagu yang sekitar 2007 khas bagi orang-orang Kristian di Sabah dan Sarawak dan untuk gereja-gereja.
“Lagu itu saya rakam sekitar 2007 khusus untuk penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak serta pihak gereja. Ia dicipta oleh seorang paderi dengan mesej keamanan Malaysia. Sebagai seorang penganut Kristian, rasanya tidak salah jika saya yang beragama Kristian menyanyikan lagu itu.
“Lagipun, ia bukan untuk tujuan komersial. Jadi mengapa perlu mempertikaikan lagu yang sudah lama dirakamkan itu?”
“Saya sedar, mungkin disebabkan lagu itu dinyanyikan dalam bahasa Melayu membuatkan ramai yang melihat perkara ini sebagai tidak sensitif dan menganggap saya cuba menyebarkan fahaman Kristian. Saya menyanyi dalam bahasa Melayu kerana kebanyakan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak bertutur dalam Bahasa Melayu."
Ulat Bulu Naik Mata
1 day ago