Showing posts with label bangang. Show all posts
Showing posts with label bangang. Show all posts

Thursday, January 3, 2013

Jemaah koboi

Assalamualaikum...


Ini lah kerajaan yg prihatin...oppss silap yg baru nak prihatin kat rakyat. Selama nih kerajaan mana ada prihatin kat rakyat. Bila nak pru baru nak prihatin. Sebelum nih kerajaan berkeras utk kekalkan harga telefon pintar yg layak menggunakan rebet rm200 tu hanya utk telefon pintar yg berharga bawah rm500. Neh...apa ke bangangnye la kerajaan nih. Harga telefon bawah rm500 tu stok lama da....

Tu la...bila org kata korang bangang marah...nak ikutkan menteri yg kendalikan projek nih mmg sengal tahap gaban. Menteri yg sengal tu tak lain tak bukan, rais yatim piatu...hahaha...dia nih mmg sengal. Sengal yg tiada tolok bandingnya.

Akhir kata dari aku...rebet telefon pintar nih aku tak layak mohon...hampeh.

wasalam...

Saturday, December 8, 2012

Mamat nih mmg bangang

Klik gambar utk besar

Assalamualaikum...

Alahai la mangkuk sekor nih...mmg takde perasaan belas kasihan langsung. Ini bukan gelagat tau...Cuba la kalau sedara mara ko plak yg kene. Mesti ko marah jugak kan...cuba selami perasaan org tu, baru la ko tau. Ini tak...terus2 hentam je. Hoi mangkuk...budak umur 15 tahun, kene tembak mati ngan polis la, bukan kene pukul. Mati tau...di ulang lagi skali, budak tu kene tembak sampai mati...sebab tak berentikan kereta. Budak umur 15 tahun, mau tak mengelabah kene kejar ngan polis. Kalau aku pun mengelabah beb...

Nak ikutkan polis tu boleh panggil bantuan polis lain utk mengejar suspek. Bukan lepaskan tembakan sampai 21 das semata nak berentikan satu kete. Nak tanya gak pihak polis nih...ada tak S.O.P. kalau perkara mcm nih berlaku, maksud aku 'standard operation procedure' kalau polis kejar kereta yg disyaki penjenayah? Atau mmg takde sop kalau bab2 mcm nih...Mamat nih kata polis terpaksa kejar sampai 6km, tengok video bawah nih...pengacara cakap sejauh lebih 30km beb...polis kejar pakai evo10. Lepas plak tu...takde pun tembak kete penjenayah tu...hampeh...



Akhir kata dari aku...lepas kerajaan di perintah PR, mintak2 lah supaya adakan sop utk polis nih jalankan kerja. Segelintir polis menyalah gunakan kuasa sebab takde sop.

Al-fatihan utk adik Amirul

wasalam...

Wednesday, December 5, 2012

KJ dah makin bangang



Siasat la jgn tak siasat. Kalau nak ikutkan kenapa setiap kali PR buar ceramah ada je yg kacau? Kenapa? Kenapa? & Kenapa? Bangang punye kj. Bila chegu bard sampuk tanya soklan cepumas, terus hilang. Tak jawab....hahaha...

Apa salah pemimpin2 PR nak buat ceramah pun asik nak kene kacau. Naik bas kene kacau, kat masjid pun kene kacau...apa nih? Apa nak jadi ngan korang nih? Dah hilang akal ke? Dah takut sgt ke? Korang jgn main tau...kat dunia nih, boleh la korang jadi gangster, nanti kat akhirat baru la korang tau, siapa lagi gangster.

Cuba muhasabah diri sket. Tanya kat diri sendiri, kenapa mesti kacau org nak berceramah. Nak ikutkan penyokong PR ada ke kacau ceramah korang. Dulu ada gak penyokong PR datang ceramah korang, tapi kene halau. Dah kene halau diaorg balik. Takde la buat provokasi, baling batu, tikam, dan mcm2 lagi. Lagi pun, kitaorg pun taknak kacau ceramah2 anjuran korang, sebab takde org nak pegi ceramah korang. Hahahaha....

Mesti korang jeleskan...setiap kali PR buat ceramah, mesti ramai yg turun. Itu la...lain kali, cermin diri. Rakyat dah tolak umno ngan bn. Jgn jadi bangang buat kacau kat ceramah org.

Akhir kata dari aku...setakat baling batu, kelapa tua penyokong2 PR tak heran. Cuba korang baling bom plak...baru la kitaorg heran...hahaha...


Wednesday, November 21, 2012

KP jakim yg bangang

Assalamualaikum...

Di sebabkan ramai blogger dah menulis apa yg aku nak tulis...so, aku pun dah abis idea nak menulis apa yg aku nak tulis. Tapi bab pasal doa yg di kecam dek org2 umno nih, termasuk jakim...aku rasa terpanggil plak nak suarakan apa yg aku patut suarakan.

Mengikut intipati doa yg di bacakan oleh Nik Razi mmg doa yg sesetengahnya anggap sebagai ekstrem. Ada gak juak2 umno yg merasakan bahawa doa yg di bacakan Nik Razi bertentangan dgn adab berdoa. Aku bukan lah alim sgt pasal bab adab2 berdoa nih...Tapi, nak buat mcmana, dah bagi bn perintah 55 tahun, tapi tak insaf2 pemimpin2 nih...Yang penting intipati doa tu supaya umno/bn hancur...best punye doa...

Sumber: Sinar Harian

Ketua pengarah jakim ni pun satu...bila bab PAS semuanya salah. Mula lah dia tunjuk belang. Nape masa chua soi lek hina hukum hudud ko diam...aku ingatkan ko dah mati hari tu...mmg dasar banjingan umno betul la ko nih. Please la...jgn samakan Rasulullah S.A.W. ngan pemimpin2 bn yg mmg kita tahu akhlaknye teruk. Teliti sejarah pemimpin bn dulu sebelum keluarkan kenyataan mcm nih. Tulah...bila org kata bangang ko marah...tapi mmg ko bangang. Nak ikutkan tujuan doa yg di bacakan oleh Nik Razi nih adalah tujuan yg baik...Baca plak screenshot yg kat bawah nih plak...


Respek aku kat Azhar Yahya nih...Kepada banjingan2 umno baca nih elok2. Lepas baca, tarik nafas panjang2, pastu renungkan apa yg Azhar ni kata. Azhar nih bagi fakta, tak cukup ngan fakta bagi plak hadis, baru lah complete punye kenyataan. Bukan main cakap mcm ketua pengarah jakim...cakap kosong, abuk pun tarak...hampeh la dia nih...sembang buat org bimbang je...


Tengok screen shot yg aku amek nih...mungkin ini yg menyebabkan banjingan2 umno takut kot...hahaha...

Akhir kata dari aku...aku dah start berdoa utk pejuang2 palestin supaya diaorg menang berperang ngan yahudi laknatullah...

wasalam...



Monday, November 19, 2012

Bangang tahap gaban +++ punye statement

Assalamualaikum..

sumber: Malaysia Kini

Ikut logik akal la kalau nak bagi statement. Disebabkan pilihanraya nak dekat, korang yg mula2 gunakan isu nih konon nak bantai PR. Bila dah pecah tembelang...korang cakap PR sengaja gunakan isu nih nak menyalahkan kerajaan bn. Bukan ke bangang namanya tuh...MB Selangor nih takkan usik korang kalau korang tak usik dia. Dia nih jenis rilek je...jenis 'ko usik aku, ko abis'...ha...dia nih jenis mcm nih punye org. Tapi ketua mca selangor nih saje je nak cari nahas. Saje je jolok sarang tebuan. Percaya atau tak, lepas nih mesti dia kene. Aku tunggu je lepas nih, apa yg Khalid nak dedahkan pasal ketua mca selangor nih...nantikan...

Apa pun aku respek kat MB Selangor nih, dia ni jenis tak melatah. Berfikir dulu sebelum bertindak. Dia mmg boleh gunakan kuasa dia utk batalkan projek nih, tapi dia siasat dulu sebelum buat keputusan. Apa yg pasti siasatan yg di jalankan pasti akan menemui jawapan yg memeranjatkan. Nantikan siasat dari pihak MB Selangor nih.

Akhir kata dari aku....jgn biarkan diri anda di selubungi misteri...hahaha....

Saturday, November 17, 2012

Ada gak pencacai umno yg bangang 1

Assalamualaikum...

Ketua Pemuda PAS baru2 nih dah isytiharkan pendapatan bulanan dia dlm muktamar, tengok gambar kat atas yg aku ambik dari amenoworld.blgospot. Mengikut pendapat aku, kira berani gak la dia isytiharkan harta yg dia ada. Mmg sikit la kalau di ikutkan...


Tapi ada gak pencacai umno yg bangang mempertikaikan pendapatan KP PAS nih. Aku tak tau la plak bila masa PAS bg kenyataan yg perjuangan diaorg tak payah bayar dgn wang ringgit, kalau di bayar pun bukan lah main cecah puluhan ribu ringgit... Kalau dah pegang jawatan mesti la kena bagi elaun...kalau tak mcmana nak hidup wahai pencacai umno yg bangang...kalau nak lawan biar dgn fakta, bukan ngan emosi. Elaun yg di bayar kat KP PAS pun ciput kalau nak di bandingkan elaun KP UMNO...Cube tanye KJ brape dia dpt jadi KP umno? Aku baru tanya KP umno je tau...belum lagi yg lain2 tuh...Ada bran ke nak bgtau kat rakyat Malaysia brape KJ dpt?


Seriosli ini pun ko nak tau gak...bab nih aku pun tak tau brape dia dpt. Sepupu aku salah sorang org PAS. Dia nih kira org kuat PAS kat Keramat. Setiap kali ceramah yg kecik2 la, dia sediakan peralatan audio video utk ceramah2 nih. Dan dia di bayar gak...tapi tak seberapa pun. Yg bagusnya dia nih...duit yg dia dpt dia masukkan kat tabung parti. Bukan parti umno tau, tapi parti PAS tau. Aku tanya kenapa tak ambik duit tu...? Jawab dia..."parti lebih memerlukan duit tu daripada dia. Lagi pun aku bukan nak duit...aku nak pahala..." Dan sepupu aku nih pun bukan alim sgt. Itu baru ahli PAS yg biasa je...Utk pengetahuan semua, setiap kutipan derma akan di masukkan terus ke tabung parti...diaorg bukan main songlap2 duit org derma beb. Haram kata diaorg...nanti kat akhirat kene masuk neraka. Bukan mcm org umno...duit zakat ngan baitulmal pun diaorg sebat...org2 umno nih ingat dunia je, diaorg tak ingat langsung kat akhirat...


Lagi skali ko menunjukkan kebangangan ko. Mengikut perkiraan ko mmg la tak cukup...Kenapa tak campur ngan gaji bini dia yg RM4000 tuh? Itu la...bila org kata ko bangang, ko marah. Selidik la dulu baru buat calculation bangang...


Cet...cuba cermin sket parti umno yg awak bangga2kan sgt tu...utusan malaysia asyik fitnah je memanjang. Bila kene saman asik kalah je memanjang...


Ini bangang tahap gaban punye statement...

Banyak lagi komen2 bangang yg aku nak selitkan kat dlm nih...tapi masa tak mengizinkan...

Akhir kata dari aku yg aku petik dari blog amenoworld dan aku oter sket...Memandangkan orang2 umno tak reti nak buat calculation.. jadi belajar la dari org2 PAS oke. Tak tau kira dan sebar fitnah orang bukan kempen tapi gampang. Tatau takpe, belajar la jangan meroyan.

wasalam...

Tuesday, November 6, 2012

Jangan tolong katak nih

Assalamualaikum...

Merujuk kepada artikel yg disiarkan di Malaysia kini: Niat Zaid tanding atas 'tiket Pakatan' bingungkan PKR

Nak ikutkan mmg membingungkan. Tapi, jangan bingung2kan kepala nak tolong mangkuk yg lupa cawan, gelas, kuali, belanga dll nih. Tak payah nak pening2 kepala nak bagi ke tak bagi. Tak yah bagi langsung. Jgn bagi dia tiket utk bertanding atas nama PKR. Apa2 tiket pun jgn bagi, walau tiket bas sekalipun jgn bagi.

Jgn lupa apa yg presiden perkosa dah buat kat PAS. Menang atas tiket PAS, pastu hentam PAS. Aku nampak dia nih sejenis gak ngan presiden perkosa aka katak puru. Melompat je keje dia...kalau melompat je aku tak kisah sgt. Tapi, nih dah sampai tahap mengigit, ini dah lebih. So, tak payah...itu jawapan yg tepat utk mangkuk ayun nih.

Akhir kata dari aku...takde katak yg kat dunia nih jenis menggigit, kecuali katak jelmaan atau katak mutant. Hahaha...

Monday, November 5, 2012

Alahai menteri kepala lutut nih

Assalamualaikum....

Merujuk kepada kenyataan menteri kepala lutut nih:-

“Saya cabar dan tunggu di mahkamah. Saya tidak perlu buat laporan ke atasnya, dia yang menuduh, maka dia yang patut bawa ke mahkamah. Undang-undang negara kita, siapa menuduh, dia yang perlu dakwa dan buktikan, bukannya orang dituduh.

“Saya juga cabar dia buat laporan kepada SPRM. Saya tunggu,” sumber: Sinar Harian


Amboi2...sedapnye dia cakap. Tapi nak buat mcmana. Mmg menteri sekor nih selalu guna kepala lutut kalau bg kenyataan. Sentiasa hampeh...tak pernah la yg best aku dgr bila dia bg kenyataan.

Kat dunia ni mmg boleh la ko buat mcm tu. Rafizi tu mmg manusia biasa. Tapi jgn lupa malaikat yg ada kat bahu kanan & kiri ko tu. Tak payah di cabar, Raqib & Atib akan tulis salah laku ko termasuk aku dan hamba2 Allah kat dunia ni. Dan bila dah sampai kiamat nanti, time utk di hisab amalan kita nanti, baru la ko tau langit tu tinggi ke rendah. Ingat la akhirat sikit. Awak tu dah berumur. Rumah kata pegi, kubur kata mari.

Akhir kata dari aku, makan buah dulu sebelum makan nasi.

p/s: Akhir kata aku tadi tiada kene mengena dgn ulasan aku di atas. Hahaha....

Ular dalam semak 2

Assalamualaikum...

Merujuk kpd kenyataan tpm Malaysia:

"Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta umat Islam di negara ini memelihara kesucian agama untuk mengelak dikelirukan golongan yang mengaku pakar tetapi mempunyai agenda lain, terutama politik.
   
Beliau berkata kefahaman tinggi terhadap Islam dapat mengelak mereka dinodai orang yang 'nampak warak' tetapi mempunyai muslihat lain.
   
"Sekarang bila disebut Islam, ramai yang mengaku pakar dan mahir tetapi kalau kita dalami, yang lebih diutamakan mereka bukan agama, tetapi politik," katanya ketika berucap pada Forum Perdana Hal Ehwal Islam anjuran Majlis Gabungan NGO Melayu Ledang/Muar dan Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-Mukim DUN Bukit Serampang malam tadi
." sumber: Malaysia Kini

Ni lagi sorang yg aku tak tau nak label kan apa kat mangkuk nih. Suruh org memelihara kesucian agama tapi dia tak. Cakap tak serupa bikin...mmg hampeh dia nih.

Kenapa csl hina hukum hudud, ko duk diam je? Takkan ko tak tau yg hukum hudud tu hukum Allah. Ko bersekongkol dgn org yg menghina hukum hudud, samalah ko menghina hukum Allah. Bukan main ye ko cite pasal aqidah songsang yeh...sembang buat org bimbang je la ko nih...

Akhir kata dari aku, majulah sukan utk negara...

Ular dalam semak

Assalamualaikum...

Nak tanya korang la, bila masa plak hukum hudud ada versi? Sesungguhnya org yg jahil je kata ada versi. Ni aku nak cite pasal sorang ulamak sorang nih. Dia pegi la jumpa cina bangang nak mampus yg pernah buat kenyataan kontroversi pasal hudud nih. Dia pegi terangkan kat cina nih pasal hukum hudud nih. Nampaknye mcm berjaya. Tapi, yg aku pelik kenapa ular dlm semak nih boleh bagi kenyataan mcm nih?

"Ditanya sama ada Soi Lek menerima hudud dilaksanakan ke atas semua rakyat, Fathul menjelaskan Soi Lek mendukung prinsip demokrasi.

“Jika majoriti rakyat mahukan hudud untuk semua, maka beliau terima, jika majoriti mahu hudud versi Pas juga beliau terima, negara kita negara demokrasi,” katanya."
sumber:Sinar Harian

Since when, hukum hudud ada versi Pas? Woi...ular dlm semak. Aku naik muak dgn ko punye auta. Ish....tak tau la aku nak ckp mcmana lagi ngan ular dlm semak nih lagi. Engko nih dah merosakkan golongan ulamak. Di sebabkan ko yg bodoh bila bg kenyataan, abis ulamak2 yg lain terpalit ngan taik yg ko buat nih. Kalau ko tu adik aku, dah lama putus saudara tau. Tapi, mengenangkan ko tu umat nabi Muhammad mcm aku gak, aku terima gak ko sebagai saudara seagama. Tapi, tolonglah jangan bagi kenyataan yg membabi buta. Aku ni bukanlah ulamak & ilmu agama aku pun cetek. Ko, yg aku rasa ilmu agama pun boleh tahan, kalau boleh gunakanlah ilmu tu ke jln yg betul. Jgn di sebabkan duit, pangkat ko menggunakan ilmu ko tu utk kepentingan parti yg ko ikut skrg nih. Aku doakan semoga terbuka hati ko satu hari nanti utk berubah.

wasalam...

Sunday, November 4, 2012

[Ulasan aku] Islam yg selam

Assalamualaikum...

Aku tengah nak cari topik hangat yg nak aku coretkan dlm blog nih. Tapi, tak jumpa. Kendian, aku pun merayau2 kat blog2 yg aku rasa boleh di jadikan bahan. Tetiba, tertarik kat kat satu tajuk kat blog Addin. Singgah lah jap, nak tengok apa yg best sgt klik sini. Mmg best cite nih...

Aku penah tulis cite pasal arak nih kat sini. Tapi tak sangka plak adun bn nih pun terlibat gak dlm acara2 yg penajanya jenama arak. Aku tak kisah la kalau jenama arak tu nak buat konsert amal ke, ape ke...tapi cari la adun non muslim yg merasmikannya. Dah abis ke adun bn yg non muslim kat Perak?

Tapi yg menjadi persoalannya skrg, mcmana adun bn yg beragama islam boleh merasmikan konsert amal yg penaja rasminya jenama arak yg nama nya Tiger...takkan lah adun ni tak tau baca kot? Atau dia ingat Harimau Malaya yg menjadi penajanye ke? Wahai adun bn yg bongok lagi bengap tahap gaban, dah terang2 yg org islam di larang bersekongkol ngan arak2 nih...ko tak belajar agama ke? ni mesti ko tak penah pegi tazkirah. Terang2 yg banner tu tulis nama ko, siap tulis dpt pangkat haji lagi...apa nak nak jadi la dgn org2 bn skrg nih. Ulamak muda umno ada taknak bagi komen ape2 ke? Ulamak muda umno pun tak boleh harap, sama je ngan org bn nih. Org2 bn ni sume kaki pusing. Nanti, adalah fatwa yg dikeluarkan boleh plak. Tak lama lagi kiamat lah dunia, kalau ulamak muda nih ckp boleh.

Ingatan aku kat adun bn sorang nih, pegi belajar agama lagi. Awak tu dah pegi haji. Aku yg tak pegi haji lagi pun tau apa itu halal & haram. Banyak2kan pegi tazkirah, supaya hati jadi bersih balik.

wasalam...

Saturday, October 27, 2012

[MK]NGO paling bangang, perdana menteri, timbalan menteri serta agensi kerajaan yg sama bangang dgnnya...

Assalamualaikum...

Alkisah tentang sebuah NGO yg paling bangang di Malaysia. NGO yg aku sendiri jijik nak sebut & tulis dlm blog aku nih. Tujuan penubuhan NGO menurut presidennya yg aku tak mau tulis nama dia blog nih adalah sebagai pelindung "Perkara 153 Perlembangaan Negara" serta mempertahankan agama Islam dan mempertahankan hak2 bumiputera daripada di ambil oleh pihak2 tertentu.

Baru2 nih NGO bangang nih keluarkan kenyataan akan memboikot seorang artis terkenal yg lahir dari program realiti tv namanya Malaysian Idol. NGO bangang nih memboikot artis ni sebab menyanyikan lagu di mana liriknya di selitkan unsur kristian yg telah menghina islam dan lirik lagu tersebut juga di dakwa tidak sensitif dan tidak menghormati mereka yg bukan penganut agama kristian.

NGO bangang ni pun mendesak menteri di jabatan perdana menteri yg menyelia kabinet khas panel antara agama Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon utk mengambil tindakan kepada penyanyi dan penulis lirik lagu tersebut. Menteri ni plak keluarkan kenyataan "Saya tidak mahu mengulas tentang itu. Mereka boleh memboikot kerana mereka suka. Ini sebuah negara yang bebas..." Berikutan serangan NGO bangang ni terhadap penyanyi tersebut, agensi kerajaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengeluarkan tampil mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menyiasat lirik lagu terbabit.

Adalah la plak sorang timbalan menteri yg memegang portfolio Kementerian Pelajaran yg takde kene mengena dlm ini cerita mendesak kementerian dalam negeri merujuk lirik lagu tersebut dengan JAKIM bagi memutuskan samada “benar-benar menyentuh isu iman (akidah). Pandai gak timbalan menteri ni ye...

Meh kita dengar plak kata penyanyi nih...

“Saya mencatat lagu yang sekitar 2007 khas bagi orang-orang Kristian di Sabah dan Sarawak dan untuk gereja-gereja.

“Lagu itu saya rakam sekitar 2007 khusus untuk penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak serta pihak gereja. Ia dicipta oleh seorang paderi dengan mesej keamanan Malaysia. Sebagai seorang penganut Kristian, rasanya tidak salah jika saya yang beragama Kristian menyanyikan lagu itu.

“Lagipun, ia bukan untuk tujuan komersial. Jadi mengapa perlu mempertikaikan lagu yang sudah lama dirakamkan itu?”

“Saya sedar, mungkin disebabkan lagu itu dinyanyikan dalam bahasa Melayu membuatkan ramai yang melihat perkara ini sebagai tidak sensitif dan menganggap saya cuba menyebarkan fahaman Kristian. Saya menyanyi dalam bahasa Melayu kerana kebanyakan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak bertutur dalam Bahasa Melayu."


Ok sekarang kita dah dgr kenyataan kedua-dua belah pihak...fair & square. NGO & penyanyi kira settle la tu sebab JAKIM akan menyiasat lirik lagu yg berusia 5 tahun lepas. Di ulang lagi sekali JAKIM akan menyiasat lirik lagu yg berusia 5 tahun lepas...

Pada tanggal 21/10/2012 perdana menteri Malaysia, Dato' Sri Najib merasmikan perhimpunan agung MCA yang ke-59. Di ulang lagi skali, Pada tanggal 21/10/2012 perdana menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib merasmikan perhimpunan agung MCA yang ke-59. Baru 6 hari lepas perhimpunan ni berlangsung...Dalam perhimpunan agung nih, presiden parti Dato' Sri Chua Soi Lek dengan di saksikan perdana menteri Malaysia Dato' Sri Mohd Najib telah menghina hukum hudud. Di ulang lagi skali, Dalam perhimpunan agung nih, presiden parti Dato' Sri Chua Soi Lek dengan di saksikan perdana menteri Malaysia Dato' Sri Mohd Najib telah menghina hukum hudud. Hukum hudud adalah hukum Allah...malaun nih dah hina hukum Allah di hadapan perdana menteri yg beragama islam woi...mana dia JAKIM, mana dia menteri2 yg beragama islam, mana dia NGO paling bangang ni????? Mana diaorg nih???? Baru 6 hari lepas hukum Allah di hina, takkan takde tindakan apa2 kot. Lirik lagu yg dah berusia 5 tahun korang beria-ia korang katakan menjatuhkan akidah, takkan kenyataan malaun yg berusia 6 hari menghina hukum Allah korang tak nak siasat? Apa nak jadi ngan korang nih...mana iman korang? Mana akidah korang? Mana pegangan agama korang? Mana????

Tak salah kalau aku gelarkan korang bangang...aku nak tambah lagi, korang mmg bangsat & celaka...