Showing posts with label Malaysia Kini. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Kini. Show all posts

Friday, November 16, 2012

KJ tunggu masa

Assalamualaikum...

"Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah menawarkan dirinya untuk mempertahankan jawatannya dalam parti, tetapi berkata beliau memilih untuk tidak bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ, dilaporkan dalam akhbar The Star hari ini sebagai berkata beliau telah menyatakan perkara itu kepada Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Bagaimanapun, katanya, jika perdana menteri mahunya bertanding (kerusi parlimen), beliau akan akur.

KJ dilaporkan telah menulis dalam twitter awal tahun lepas bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi parlimen Rembau yang dimenanginya pada pada 2008.

Khairy, 36, menang jawatan Ketua Pemuda Umno dengan menewaskan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir dan juga bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo.

Khairy kini merupakan pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd tetapi tidak memegang sebarang jawatan dalam kabinet."


KJ tau, ramai org umno tak berapa suka ngan dia. Especially Tun M...mmg tak suka dia nih sebab dia nih menantu musuh dia iaitu Tun A. Tapi tak tau la dia boleh kekal ke tidak sebab skrg Tun M pun tgh berperang ngan Najib sebab nak naikkan Muhyiddin...Mungkin Najib akan kekalkan KJ & diaorg akan buat team utk jatuhkan Muhyiddin & anak Tun M, Mukhriz...Mukhriz pernah kalah ngan KJ dlm pemilihan Ketua Pemuda. Tapi mengikut spekulasi aku, Najib mungkin tak boleh menang sebab banyak sgt skandal...Nak ikutkan Muhyiddin pun banyak skandal...Senang cite, semua org umno ada skandal...hahaha...diaorg tak penah lekang ngan skandal. Umno ngan skandal ibarat aur ngan tebing, ibarat isi ngan kuku....hahaha...

Apa pun, apa yg aku tulis nih tak menjadi kenyataan. Sebab, lepas nih umno akan terkubur lepas PRU 13 nih. So, takde la spekulasi yg aku tulis tadi...

Akhir kata dari aku...aku pun tak tau apa yg aku nak tulis dlm post nih...nampak sgt aku tengah merepek...tapi terima kasih kat sesiapa yg baca tulisan aku yg merepek nih...hahaha

Monday, October 29, 2012

[MK] Chegubard berang, dakwa polis 'hilangkan diri'

"Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin kecewa dengan tindakan polis yang didakwanya menghilangkan diri sewaktu berlakunya kekecohan di ceramah Pakatan Rakyat di Johor kelmarin.NONEBadrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard antara penceramah dalam majlis yang dianjurkan oleh DAP di ibu pejabat PAS Sri Alam di Masai pada malam kelmarin.

Dakwanya, sebaik program bermula jam 9 malam, sekumpulan 10 hingga 12 individu mengunci dalam sebuah balai raya yang terletak 50 meter serta memasang kaset ceramah dengan kuat.

Beliau mendakwa, individu itu penduduk tempatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Umno dan balai raya tersebut telah ditukar menjadi bilik operasi BN.

Badrul mendakwa, beliau kemudiannya berulang-ulang kali menggunakan mikrofon di atas pentas meminta polis untuk bertindak terhadap provokasi tetapi mendakwa anggota polis yang berpakaian preman dan beruniform 'secara misteri' menghilangkan diri.
NONE"Saya panggil tiga kali supaya polis supaya tampil dan hadirin juga memanggil mereka tetapi tiada seorang pun berbuat demikian.

"Saya yakin ada anggota polis kerana polis berpakaian preman telah memasang video kamera di hadapan pentas," katanya sambil menambah kekecohan itu berlaku sekalipun Pakatan telah memaklumkan kepada polis sejak dua minggu lalu.

Katanya, apabila suasana semakin tegang, beliau 'menyelamatkan' video kamera itu atas sebab keselamatan memandangkan terdapat hadirin yang berang telah menghampirinya.

Badrul juga menjelaskan beliau tidak berniat untuk mencuri video kamera tersebut sebaliknya bimbang dengan keselamatannya dan berjanji akan memulangkannya selepas berbincang dengan Ketua Cawangan Khas Johor Ramli Hassan."


Biasa la tu Chegubard. Negara kita ni dah tak selamat. Kita harapkan polis akan melindungi kita, tapi diaorg nih dpt arahan untuk melindungi org umno je...pasni tawan putrajaya kita tukar terus pegawai2 atasan polis yg asyik ikut telunjuk menteri2 umno ni. InsyaAllah...

[MK]NGO dakwa pengurusan Pasar Seni macam 'ah long'

"Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) mendesak agar pemilik bangunan Pasar Seni, UDA Holding Berhad menukar pihak pengurusan baru bangunan warisan itu.

Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah mendakwa, peniaga Pasar Seni sekarang "ditindas", antaranya dikenakan caj tambahan sebanyak 12 peratus jika sewa lambat dibayar.
NONE"Pihak pengurusan sekarang macam Ah Long. Kalau lambat bayar sewa, peniaga akan dikenakan caj tambahan sebanyak 12 peratus," kata Ridzuan pada sidang media di perkarangan Pasar Seni di ibu negara hari ini.

Ridzuan juga mengumumkan akan mengadakan protes dua minggu lagi di tempat itu sebelum memanjangkan isu itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, bekas peniaga kraftangan Mohammad Zainahar Yuzkhairi turut tampil dalam sidang media itu mendakwa diarahkan keluar oleh pihak pengurusan Pasar Seni serta-merta pada 2 Oktober lalu.
NONESambil bergenang air mata, Zainahar (kanan) mendakwa, pihak pengurusan tidak memberi sebab mengapa beliau "dihalau" daripada premisnya.

"Pada 2 Oktober lalu, semasa sedang buat kerja, tanpa ada surat amaran atau sebarang sebab, beberapa orang peguam dan pihak pengurusan telah datang tunjuk surat peguam dan surat sita dan arah saya keluar dari premis saya serta merta.

"Saya keluar sehelai sepinggang. Saya perlu menyara tiga orang anak dan isteri. Saya sekarang dah tak tahu nak buat apa dan masih terkejut dengan apa yang berlaku," katan nya yang telah menyewa di Pasar Seni sejak 1991.

Beliau juga mendakwa sewa kedainya sebelum ini juga dinaikkan jauh lebih tinggi dengan sewa kedai milik rakan-rakannya daripada RM1,000 kepada RM2,500 sebulan.

Pihak pengurusan Pasar Seni, Kha Seng Group dalam kenyataannya selepas itu bagaimanapun mempertahankan caj itu kerana ia "kadar biasa" pusat membeli belah di negara ini."


Aku tak mau komen lagi sebab baru dengar dari sebelah pihak. Nak hentam pun, kena dengar dari pihak Kha Seng Group plak. Dah dgr dari 2 belah pihak aku boleh start belasah mana pihak yg tidak betul. Kalau main hentam je, sesia je dpt dosa kering. Lol!!!

Bab naikkan sewa kedai tu mmg biasa la. Sebab takde undang2 yg boleh halang pihak pengurusan bangunan nak naikkan caj bulanan. Lepas kejadian nih mungkin ada kot. Kalau ada la...

Tapi mengikut pengakuan tuan empunya kedai yg belinangan air mata mmg aku tak boleh terima apa yg pihak Kha Seng Group buat kat mamat ni. Tapi, nanti kita saksikan apa kenyataan diaorg plak...

[MK]'Keluar majlis Chua bukan tanda sokongan merosot'

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tindakan sebahagian masyarakat Cina keluar daripada majlis ketika Presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di Kulai, Johor semalam berucap bukan petanda pengurangan sokongan.

Liow berkata, pihaknya sudah mendapat banyak sokongan dengan penganjuran majlis makan malam mega di pelbagai tempat dan insiden semalam tidak membawa maksud bahawa ia menjadi isu besar.
NONE"Ia tidak bermakna mereka tidak memberikan sokongan kepada kita," katanya dalam sidang media selepas merasmikan kongres berkaitan sel tunggal di Kuala Lumpur hari ini.

China Press hari ini melaporkan, kira-kira 20 peratus daripada 15,000 yang hadir dalam majlis makan malam MCA di Kulau keluar ketika Dr Chua berucap.

Penganjur program bertajuk "Kestabilan melampaui huru-hara" bagaimanapun menjelaskan tindakan peserta keluar awal bertujuan mengelak kesesakan jalan raya.

Liow menjelaskan, Johor masih kubu kuat MCA


Ayooo...kalau dah 20% daripada 15000 org yg keluar bila CSL berucap kira banyak la tu. Nampak sgt masyarakat cina kat Johor benci kat dia.
Kepada timbalan presiden mca, nak membohong pun agak2 la. Kenapa diaorg keluar masa CSL berucap? Budak kecik pun boleh agak ape...bila dah berduyun-duyun org keluar bila CSL berucap, maknanye masyarakat lu sendiri dah tak boleh terima kaki porno nih...lol
Kalau dah 3000 org blah bila CSL berucap, bukan tanda sokongan merosot? Apa yg kita patut panggil? Itu tanda sokongan makin bertambah? Abis tu, program jelajah Anwar ramai yg dtg, tandanye sokongan ke atas Anwar makin berkurang, gitu ke? Cikgu matematik mana yg ajar kamu nih? Mangkuk berayun punye timbalan presiden...pegi blajar matematik balik, bahagian 'kebarangkalian'...hahaha...