Showing posts with label merepek. Show all posts
Showing posts with label merepek. Show all posts

Wednesday, October 17, 2012

6 tahun simpan mayat anak dalam peti sejuk

Kelihatan mayat anaknya masih di dalam peti sejuk beku.

Pada tahun 2006, Tian Xueming yg menetap di Bandar Chongqing kehilangan seorang anak apabila anaknya meninggal dunia akibat luekemia. Tian Xueming menyimpan mayat anaknya dalam peti sejuk dan 6 tahun telah berlalu. Setiap kali dia rindukan anaknya, Tian Xueming dan isterinya akan berdiri di sebelah peti sejuk sambil menatap mayat anaknya. "Anak saya masih dengan saya, dan saya tidak pernah meninggalkannya."

Gambar menunjukkan tempat penyejuk beku di mana mayat anaknya disimpan

Pendapat aku:- Mendalam sungguh kasih sayang org tua nih pada anak dia. Tapi kalau dah sampai simpan mayat anak dalam peti sejuk beku, ni boleh dikategorikan merepek.

Wassalam...



Darah dari tanduk rusa panjangkan umur?

Assalamualaikum...

Yang seorang pesara dari sebuah syarikat besar di China. Dia dan isteri berhijrah ke Hengxi, Nanjing untuk memulakan penternakan rusa sika. Yang mendakwa bahawa tanduk rusa sika muda yg belum jadi tulang lebih bernilai dari lembu atau biri2. (tanduk je tau) Yang juga mendakwa bahawa meminum darah dari tanduk rusa juga boleh memanjangkan umur.

Seorang professor Hospital Perubatan Tradisional Wilayah Jiangsu berpendapat bahawa tanduk rusa sika muda mmg terkenal & mahal dalam perubatan tradisional org cina. Tetapi tidak semua orang boleh minum darah rusa. Sebagai contoh, sesetengah orang yang minum darah rusa kerap kencing, tekanan darah tinggi, atau nefritis (keradangan buah pinggang) manakala orang yg ada masalah hati di larang meminumnye. Beliau juga menyangkal dakwaan bahawa minum darah rusa boleh merawat kencing manis. Beliau menjelaskan bahawa, selepas meminum darah rusa, peminum akan menjadi gelisah dan marah, paras gula dalam darah mereka tidak menurun tetapi sebaliknya meningkat




Pendapat aku plak, minum lah darah dari tanduk apa pun, walaupun tanduk dari dinasor bertanduk sekalipun, itu pun kalau dinasor bertanduk wujud lagi la...kalau dah sampai ajal, mati gak.

Suber: China Smack

Wassalam...

[TMI]Hasan Ali merepek lagi.

Assalamualaikum...

Aku tak tau la apa nak jadi ngan dia nih. Dah la kene pecat dari PAS, pastu tubuh NGO jalur tiga. Ceramah fitnah sana sini. Pastu suruh Mursyidul Am PAS, TGNA berundur. Pastu dia cakap dia tetap bersama parti PAS.

Apa nih? Dia nih kalau bagi kenyataan, lebih gila dari org gile je. Hampeh & tak boleh di terima dek akal pikiran org yg waras. Orang gila jumpa dia pun akan kata, dia nih (Hasan Ali) dah gila. Hahaha....itu org gila la yg cakap. Kalau org yg waras labelkan dia apa? Org yg lebih gila dari org gila...Hahaha...

Dia ingat lepas TNGA undur, pastu TG Dato Dr. Haron Din akan ambik dia balik ke? Jgn harap la...mintak2 apa yg aku cakap nih betul la. Tak tau plak tetiba TG Dato Dr. Haron Din berubah pikiran ambik dia balik...mana tau. Cite pasal politik, mcm2 boleh jadi beb... Mcm Tun Mahathir kene buang masa Tunku Abdul Rahman, dan di terima masuk balik semasa Tun Abdul Razak. Politik beb...mcm2 boleh jadi. So, aku harap jgn la terima org yg terlebih gila dari org gile nih masuk PAS balik, rosak parti PAS. Jgn di sebabkan nila setitik, rosak air 7 empangan kat Selangor...hahaha...

Wasallam...