Friday, November 16, 2012

KJ tunggu masa

Assalamualaikum...

"Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah menawarkan dirinya untuk mempertahankan jawatannya dalam parti, tetapi berkata beliau memilih untuk tidak bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ, dilaporkan dalam akhbar The Star hari ini sebagai berkata beliau telah menyatakan perkara itu kepada Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Bagaimanapun, katanya, jika perdana menteri mahunya bertanding (kerusi parlimen), beliau akan akur.

KJ dilaporkan telah menulis dalam twitter awal tahun lepas bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi parlimen Rembau yang dimenanginya pada pada 2008.

Khairy, 36, menang jawatan Ketua Pemuda Umno dengan menewaskan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir dan juga bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo.

Khairy kini merupakan pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd tetapi tidak memegang sebarang jawatan dalam kabinet."


KJ tau, ramai org umno tak berapa suka ngan dia. Especially Tun M...mmg tak suka dia nih sebab dia nih menantu musuh dia iaitu Tun A. Tapi tak tau la dia boleh kekal ke tidak sebab skrg Tun M pun tgh berperang ngan Najib sebab nak naikkan Muhyiddin...Mungkin Najib akan kekalkan KJ & diaorg akan buat team utk jatuhkan Muhyiddin & anak Tun M, Mukhriz...Mukhriz pernah kalah ngan KJ dlm pemilihan Ketua Pemuda. Tapi mengikut spekulasi aku, Najib mungkin tak boleh menang sebab banyak sgt skandal...Nak ikutkan Muhyiddin pun banyak skandal...Senang cite, semua org umno ada skandal...hahaha...diaorg tak penah lekang ngan skandal. Umno ngan skandal ibarat aur ngan tebing, ibarat isi ngan kuku....hahaha...

Apa pun, apa yg aku tulis nih tak menjadi kenyataan. Sebab, lepas nih umno akan terkubur lepas PRU 13 nih. So, takde la spekulasi yg aku tulis tadi...

Akhir kata dari aku...aku pun tak tau apa yg aku nak tulis dlm post nih...nampak sgt aku tengah merepek...tapi terima kasih kat sesiapa yg baca tulisan aku yg merepek nih...hahaha