Sunday, November 25, 2012

Najib oh najib

Assalamualaikum...

Najib oh najib...kesian aku tengok dia nih. Daripada 6 pm kat Malaysia nih, aku paling kesian kat dia. Sebab masa peralihan kuasa antara dia ngan Pak Lah...bn dah sememangnya teruk. Di tambah plak, dia ni jenis lembut. Tak pandai nak marahkan menteri2 kabinet dia ngan ahli2 umno yg bermasalah. Aku tengok dia nih jenis selamba dan tak tau malu. Contoh terdekat pasal isu kondo kat Batu Caves, dia dah tau yg meluluskan projek tu time bn memerintah. Dengan selamba dia cakap, kalau bn memerintah Selangor, projek tersebut akan di batalkan. Sendiri lulus, canang kat rakyat dia akan batalkan projek tu. Tak ke bangang tu...

Menteri2 kabinet najib nih banyak yg bermasalah. Banyak skandal2 & penyalahgunaan kuasa yg melibatkan menteri2 di bongkar PR dan dia tahu semua tu, tapi apa tindakan dia? Takde ape2 beb...nak kata dia membela diaorg entah la. Yg pasti, sepupu dia yg jaga KDN sentiasa membela ahli2 umno yg bermasalah nih. Aku rasa najib nih tak boleh nak kawal menteri2 nih sebab dia pun 2 x 5.

Terbaru skandal pengubahan wang haram yg melibatkan musa aman, nazri aziz & michael chia. ICAC yg berpengkalan di HK cakap kes penah disiasat. Tapi di tutup sebab takde bukti dari pihak berkuasa malaysia. Skrg Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli & delegasi PR pergi ke HK untuk menyerahkan memo utk membuka kes tu balik. Pihak ICAC menyambut baik memo tersebut & berjanji akan membuka balik kes tersebut kalau ada bukti. 2 minggu lagi delegasi nih akan pergi ke HK utk menyerahkan semua bukti utk pihak ICAC membuka balik kes pengubahan wang haram nih. Nampak tak...sebelum nih nazri aziz cakap, pihak ICAC tutup kes nih sebab takde bukti. Ntah mcmana plak Rafizi Ramli nih ada bukti, aku pun tak tau. Apa sprm & polis tak buat keje ke atau tidak cekap atau sengaja sembunyikan bukti.

Kesian aku kat najib nih di panjangkan di Himpunan Barisan 1Malaysia di PWTC. Dia cakap "kalau tak rosak, tak payah tukar kerajaan". Wahai pm ke-6 malaysia. Sedarlah wahai kamu, bahawa rakyat marhaen kat malaysia nih dah tak suka kamu & pemimpin2 kamu yg penuh dgn skandal tak sudah2. 55 tahun bn memerintah, kenapa malaysia berada lagi dalam kelompok negara dunia ke-3? Sedangkan Korea Selatan yg dulunya lebih mundur dari negara kita dah masuk dalam kelompok negara maju? Nak tau sebabnya, meh aku bagi tau...RASUAH YG BERLELUASA. Itu yg menyebabkan negara kita tak maju2 lagi.

Kalau aku nak senaraikan kerosakan kerajaan pimpinan bn nih, mmg tak cukup page. Itu kes terbaru je yg aku mention kat sini. Malas aku nak tulis panjang2. Dah mengantuk..sekian utk kali ini.

Akhir kata dari aku...najib...uweekk...uweekk...uweekk...

wasalam...