Monday, November 5, 2012

Nik Aziz dan Hadi Awang masuk BN?

Assalamualaikum...

Hahaha...tajuk je gempak. Baca ulasan aku utk mengetahui kisah selanjutnye...Merujuk kepada kenyataan KJ:-

"Barisan Nasional mampu menawan semula Kelantan jika menurunkan calon yang berkualiti dan mendapat sokongan padu daripada semua peringkat kepimpinan parti di negeri itu.
   
Setiausaha Kelab Veteran Umno Datuk Mustapha Yaakub dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mewakili dua generasi berbeza dalam parti itu bersependapat bahawa calon berkualiti dan tiada sabotaj merupakan dua kunci utama bagi memastikan BN dapat merampas Kelantan daripada cengkaman parti PAS.
   
Mustapha berkata rakyat Kelantan kini sudah bersedia menukar kerajaan akibat kegagalan PAS mengurus negeri itu dengan baik dan BN perlu mengambil peluang sepenuhnya terhadap situasi itu dengan memastikan dua kunci utama itu menjadi kenyataan.
   
"Calon berkualiti mestilah berakhlak mulia, bersih daripada rekod buruk seperti tidak bermoral dan rasuah. Mereka mestilah mesra rakyat, tidak sombong, senang didekati dan sanggup turun padang dalam semua keadaan.
   
"Calon dipilih bertanding mestilah mendapat sokongan padu daripada semua kepimpinan bahagian dan cawangan. Mereka yang tidak terpilih mesti mengetepikan perasaan kecewa kerana kemenangan parti adalah utama," katanya kepada Bernama.

Khairy berkata selain itu Badan Perhubungan Umno Kelantan perlu menyediakan insentif khas kepada golongan muda dalam manifesto mereka.
"Insentif ini boleh dibuat dari segi pembangunan belia, kemudahan untuk belia atau pemberian peruntukan secara langsung kepada belia," katanya." sumber: Malaysia Kini


Ni aku nak bgtau ko sket...yg aku nak bgtau nih bukan auta atau cerita dongeng rakyat. Tapi cite betul. Yg betul2 akan terjadi.

Letak la calon yg berkualiti mcmana pun, namum kata org kelate nak pangkah bn tidak sama skali. Katakanlah tetiba Anwar Ibrahim atau Wan Azizah kuar PR masuk bn jadi calon kat Kelantan, pun tetap org Kelantan akan pangkah PAS. Jgnkan Anwar Ibrahim atau Wan Azizah, kalau tetiba Nik Aziz atau Hadi Awang keluar PAS masuk bn & jadi calon kat Kelantan, org Kelantan akan tetap pangkah PAS. Ini bukan cite kosong, ini bukan sembang yg buat org bimbang, ini kenyataan. Nama umno & bn dah busuk. Takde sape yg sokong parti kotor nih dah. Banyak penyelewengan yg bn dah buat kat bumi Malaysia nih sampaikan org pandang bn ni jijik.

Akhir kata dari aku, bau bangkai gajah boleh tutup tapi bau parti bangkai mcm bn tak boleh tutup. Kalau dpt tutup pun, tetap akan berbau gak....busuk melantong...