Wednesday, November 14, 2012

Isu Kondo

Assalamualikum...

Sebelum ni aku ada tulis pasal "Delima orang kerja kerajaandi sini. Dan untuk makluman perkara ni biasa berlaku kalau penjawat awam tak sebulu ngan menteri. Ini lah yg terjadi pada YDP MPS Datuk Zainal Abidin A'ala kerana mengeluarkan kenyataan beliau pada 30 Oktober lalu yang menafikan dakwaan BN bahawa projek kondominium Dolomite Park Avenue itu diluluskan semasa pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Semakan Malaysiakini dengan pejabat MPS petang ini mendapati, Zainal Abidin diarahkan bertukar ke ibu pejabat Institut Tadbiran Awam Negara berkuat kuasa esok. Seorang pegawai di bahagian hal ehwal korporat itu, yang memperkenalkan diri dengan nama Mohd Zin mengesahkan perkara itu dan berkata, hari ini merupakan hari terakhir Zainal berkhidmat di MPS. "Ini perkara biasa di kalangan pegawai PTD (pegawai tadbir dan diplomatik)," katanya ketika dihubungi." Sumber Malaysia Kini

Hahaha...kenapa tak cakap "Ini perkara biasa di kalangan pegawai PTD kalau tak sebulu ngan menteri. Kami sentiasa memastikan setiap PTD mengikut telunjuk menteri & mengikut arahan macam org bodoh". Mcm ni lah jawapan yg sepatutnya korang bagi. Tak payah nak selindung2. Orang dah tau la. Ko pusing mcmana pun tetap org tau...

Akhir kata dari aku..."the truth it's out there" - X-files. hahaha...