Sunday, October 28, 2012
Saturday, October 27, 2012
[MK]NGO paling bangang, perdana menteri, timbalan menteri serta agensi kerajaan yg sama bangang dgnnya...
Assalamualaikum...
Alkisah tentang sebuah NGO yg paling bangang di Malaysia. NGO yg aku sendiri jijik nak sebut & tulis dlm blog aku nih. Tujuan penubuhan NGO menurut presidennya yg aku tak mau tulis nama dia blog nih adalah sebagai pelindung "Perkara 153 Perlembangaan Negara" serta mempertahankan agama Islam dan mempertahankan hak2 bumiputera daripada di ambil oleh pihak2 tertentu.
Baru2 nih NGO bangang nih keluarkan kenyataan akan memboikot seorang artis terkenal yg lahir dari program realiti tv namanya Malaysian Idol. NGO bangang nih memboikot artis ni sebab menyanyikan lagu di mana liriknya di selitkan unsur kristian yg telah menghina islam dan lirik lagu tersebut juga di dakwa tidak sensitif dan tidak menghormati mereka yg bukan penganut agama kristian.
NGO bangang ni pun mendesak menteri di jabatan perdana menteri yg menyelia kabinet khas panel antara agama Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon utk mengambil tindakan kepada penyanyi dan penulis lirik lagu tersebut. Menteri ni plak keluarkan kenyataan "Saya tidak mahu mengulas tentang itu. Mereka boleh memboikot kerana mereka suka. Ini sebuah negara yang bebas..." Berikutan serangan NGO bangang ni terhadap penyanyi tersebut, agensi kerajaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengeluarkan tampil mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menyiasat lirik lagu terbabit.
Adalah la plak sorang timbalan menteri yg memegang portfolio Kementerian Pelajaran yg takde kene mengena dlm ini cerita mendesak kementerian dalam negeri merujuk lirik lagu tersebut dengan JAKIM bagi memutuskan samada “benar-benar menyentuh isu iman (akidah). Pandai gak timbalan menteri ni ye...
Meh kita dengar plak kata penyanyi nih...
“Saya mencatat lagu yang sekitar 2007 khas bagi orang-orang Kristian di Sabah dan Sarawak dan untuk gereja-gereja.
“Lagu itu saya rakam sekitar 2007 khusus untuk penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak serta pihak gereja. Ia dicipta oleh seorang paderi dengan mesej keamanan Malaysia. Sebagai seorang penganut Kristian, rasanya tidak salah jika saya yang beragama Kristian menyanyikan lagu itu.
“Lagipun, ia bukan untuk tujuan komersial. Jadi mengapa perlu mempertikaikan lagu yang sudah lama dirakamkan itu?”
“Saya sedar, mungkin disebabkan lagu itu dinyanyikan dalam bahasa Melayu membuatkan ramai yang melihat perkara ini sebagai tidak sensitif dan menganggap saya cuba menyebarkan fahaman Kristian. Saya menyanyi dalam bahasa Melayu kerana kebanyakan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak bertutur dalam Bahasa Melayu."

Ok sekarang kita dah dgr kenyataan kedua-dua belah pihak...fair & square. NGO & penyanyi kira settle la tu sebab JAKIM akan menyiasat lirik lagu yg berusia 5 tahun lepas. Di ulang lagi sekali JAKIM akan menyiasat lirik lagu yg berusia 5 tahun lepas...
Pada tanggal 21/10/2012 perdana menteri Malaysia, Dato' Sri Najib merasmikan perhimpunan agung MCA yang ke-59. Di ulang lagi skali, Pada tanggal 21/10/2012 perdana menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib merasmikan perhimpunan agung MCA yang ke-59. Baru 6 hari lepas perhimpunan ni berlangsung...Dalam perhimpunan agung nih, presiden parti Dato' Sri Chua Soi Lek dengan di saksikan perdana menteri Malaysia Dato' Sri Mohd Najib telah menghina hukum hudud. Di ulang lagi skali, Dalam perhimpunan agung nih, presiden parti Dato' Sri Chua Soi Lek dengan di saksikan perdana menteri Malaysia Dato' Sri Mohd Najib telah menghina hukum hudud. Hukum hudud adalah hukum Allah...malaun nih dah hina hukum Allah di hadapan perdana menteri yg beragama islam woi...mana dia JAKIM, mana dia menteri2 yg beragama islam, mana dia NGO paling bangang ni????? Mana diaorg nih???? Baru 6 hari lepas hukum Allah di hina, takkan takde tindakan apa2 kot. Lirik lagu yg dah berusia 5 tahun korang beria-ia korang katakan menjatuhkan akidah, takkan kenyataan malaun yg berusia 6 hari menghina hukum Allah korang tak nak siasat? Apa nak jadi ngan korang nih...mana iman korang? Mana akidah korang? Mana pegangan agama korang? Mana????
Tak salah kalau aku gelarkan korang bangang...aku nak tambah lagi, korang mmg bangsat & celaka...
Friday, October 26, 2012
Oktoberfest
10/26/2012 04:43:00 PM
arak, oktoberfest
Assalamualaikum...
Apakah yg di maksudkan dgn "Oktoberfest"? Oktoberfest hari yg di sambut dgn meminum bir atau lebih tepat sekali hari di mana acara meminum arak terbesar di dunia yg di jalankan selama 16 hari. Di ulang lagi sekali, hari di mana acara meminum arak yg terbesar di dunia yg di jalankan selama 16 hari. Hari meminum arak ni di jalankan setiap tahun di Munich, Bavari, Jerman bermula pada lewat bulan September hingga minggu pertama bulan Oktober. Acara ini adalah salah satu acara yg paling terkenal di Jerman dan terbesar di dunia. Di anggarkan seramai 6 juta org terlibat dalam acara meminum air kencing setan nih acara ini juga di hadiri juga org dari negara luar. Di fahamkan pembuat2 air kencing setan dari seluruh dunia berkumpul untuk memeriahkan acara ini dan di anggarkan sebanyak 7 juta liter air kencing setan ni pernah di telan dek manusia pada tahun 2007. Pengunjung acara ni jugak akan di hidangkan dgn pelbagai makanan tradisional org Bavaria antaranya Hendl(ayam), Schweinebraten (babi panggang), Schweinshaxe (ham keadaan berhutang panggang), Steckerlfisch (ikan panggang pada sebatang kayu), Würstl (sosej) bersama-sama dengan Brezeln (Pretzel), Käsespätzle Knödel (ladu kentang atau roti), (mi keju), Reiberdatschi (penkek kentang), Sauerkraut atau Rotkohl / Blaukraut (kubis merah) bersama-sama dengan hidangan Bavaria seperti Obatzda (rempah ratus penyebaran keju mentega) dan Weisswurst (sosej putih ).
Ok...dah jelas kan apa dia itu Oktoberfest...sekarang, dalam facebook ada satu fan page yg di namakan "Oktoberfest Malaysia". Aku tak heran la kalau "oktoberfest" ada peminat kat Malaysia sebab kat Selangor tersergam indah kilang Guiness & Carlsberg nih. Guiness kat kat Sg. Wei & Carlsberg kat Batu 3, Shah Alam. Kedua-dua nya boleh kita nampak di laluan Lebuhraya Persekutuan.
Fan page oktoberfest Malaysia ni mendapat 136k "like" maknanya peminat la tu. Persoalannya kenapa ada gak org melayu dan dah pasti, bila aku sebut melayu maknanya diaorg nih islam "like" page nih. Kenapa jadi mcm nih? Nak kata diaorg tak tau oktoberfest ni mcm fan page biasa, mustahil. Sebab apa aku kata mustahil? Terang-terangan kat cover timeline page ni menunjukkan page ni support air kencing setan. Lihat gambar di bawah:-

Korang mesti tertanya2 kenapa plak aku tulis pasal fan page nih kan. Mcmana boleh aku terpikir nak tulis pasal fan page nih sebab ada di antara network aku, like page nih...astaga!!! Lepas tu aku siasat siapa lagi malaun yg beragama islam like page nih. Penemuan aku yg paling memeranjatkan, pelajar UIA pun ada minat page nih...Rasa nak kiamat aku rasa dunia nih. Terus terang aku katakan, aku bukan la alim & pengetahuan agama aku pun cetek. Tapi aku tau mana yg halal & mana yg haram. Tekan like utk fan page ni maknanya kita bersubahat dgn org meminum arak. Pikir2 kan lah....
Wassalam...
10 bandar paling merbahaya di dunia
10/26/2012 12:28:00 AM
bandar merbahaya, kes bunuh
1. San Pedro Sula, Honduras
- Kes pembunuhan : 1143 kes
- Kepadatan penduduk : 719447 orang
- Nisbah kes : 158.87
2. Juárez, Mexico
3. Maceió, Brazil
4. Acapulco, Mexico
5. Distrito Central, Honduras
6. Caracas Venezuela
7. Torreón (kawasan metropolitan), Mexico
8. Chihuahua, Mexico
9. Durango, Mexico
10. Belém, Brazil
Jauhi dari tempat2 yang di senaraikan di atas. Kalau korang nak pegi gak, itu lantak korang la. Aku cume bagi info utk korang.
Sumber: businessinsider.com
Sumber: businessinsider.com
Thursday, October 25, 2012
Ibadah korban
10/25/2012 11:22:00 PM
aidil adha, ibadah, korban
Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama termasuklah sahabat besar seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a, Ibn Mas'ud r.a dan lain-lain, kecuali Imam Abu Hanifah yang berpendapat berkorban wajib bagi mereka yang berkemampuan.
Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri daripada memotong rambut dan kuku. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Muslim yang sohih, ertinya:-
“Barangsiapa yang ingin menyembelih (berkorban), dan telah masuk 10 awal (Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya sehinggalah sampai korban dilaksanakan." (Muslim, 3/39)
Justeru, majoriti ulama daripada mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.
Bagaimanapun, tiadalah termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah r.a pernah meriwayatkan bahawa beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan Qurban, dan Aisyah r.a menyebutkan, tiadalah Nabi SAW mengharamkan apa-apa (semasa menunggu masa untuk menyembelih) sehinggalah sampai waktu sembelihan. Hadis tersebut adalah sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Oleh itu, adalah dibenarkan untuk memotong kuku jika boleh mengganggu kesempurnaan wuduk dan lain-lain kewajiban.
Korban dengan Bayar Sedekah Duit Tanpa Wakil Sembelihan
Tidak dibenarkan juga berkorban hanya dengan membayar harganya atau membeli daging lembu yang telah disembelih daripada pasar lalu disedekahkan atas niat Qurban. Tatkala itu, pemberian daging dianggap sedekah biasa sahaja dan bukannya korban yang disyariatkan pada hari raya Aidiladha.
Pahala korban adalah jauh lebih hebat daripada bersedekah harganya sahaja. Hal ini adalah fatwa oleh majoriti ahli ilmu seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad dan lain-lain.
Adalah diingatkan jua agar meniatkan korban itu adalah kerana Allah SWT semata-mata, menuruti sunnah Nabi SAW dan Nabi Ibrahim a.s dan bukannya untuk menyedekahkan daging atau lain-lain niat. Firman Allah yang bermaksud:
“Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Hajj : 37)
Kongsi Lembu
Harus hukumnya menurut majoriti ulama untuk berkongsi seekor lembu dengan dibahagikan kepada tujuh bahagian atau seekor kambing berdasarkan hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Jabir r.a.
Adalah digalakkan juga untuk menyembelih sendiri (jika berkemampuan) atau menghadiri majlis sembelihan.
Sebuah riwayat hadis pernah mencatatkan nasihat Nabi SAW kepada Fatimah yang ingin berkorban. Ertinya;
"Hadirkanlah dirimu pada waktu sembelihan, diampunkan bagimu daripada titisan darah sembelihanmu yang pertama"
Mematahkan Tulang Dan Tanduk Binatang Korban
Majoriti ulama mengharuskannya manakala tegahan untuk mematahkan tulang hanya dalam hal akikah dengan doa ia menjadi kebaikan kepada si bayi berdasarkan hadith riwayat Al-Bayhaqi. Maksudnya;
“Sunnah adalah dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor bagi perempuan, dimasak dan tiada dipecahkan tulangnya.” ( Riwayat Al-Bayhaqi dan Al-Hakim)
Namun tiada sebarang nas atau dalil yang menegah dalam bab sembelihan korban.
Binatang Terbaik untuk Korban
Yang terbaik adalah unta, diikuti oleh lembu, kerbau, kemudian biri-biri, kambing dan jika tidak mampu bolehlah 1/7 dari unta, lembu, kerbau.
Yang terbaik sudah tentulah yang paling banyak dagingnya maka lebih ramai mendapat merasai dan manfaatnya.
Korban di Luar Kawasan
Hukum asal, yang terbaik adalah sembelih dengan tangan sendiri di dalam kawasan bagi manfaat orang sekeliling.
Namun, diharuskan mewakilkan seseorang menyembelih di luar kawasan kerana hukum daging Qurban boleh disimpan dan diagihkan kepada sesiapa jua sama ada di dalam kawasan atau mereka yang di luar.
Namun, ulama Mazhab Shafi’e tidak membenarkan dipindah keluar kawasan jika di dalam kawasan masih terdapat yang memerlukan. Demikian pendapat sebahagian ulama kontemporari (Ibn Uthaimin & Majlis Fatwa Kuwait) kerana kehilangan maslahat sebenar daripada udhiyyah. Bayangkan apabila kita mewakilkan seseorang lain melaksanakan korban itu sudah menyebabkan kita terluput daripada melaksanakan sunnah sembelihan dengan tangan sendiri sebagaimana Rasulullah tidak pernah mewakilkan sembelihan baginda kepada orang lain.
Malah sewaktu hari raya korban berlangsung, bagi mereka yang mewakilkan kepada pihak lain, apakah yang dapat mereka rasakan daripada ibadah korban kecuali hanya seolah-olah menyedekahkan wang sahaja, sepatutnya korban melebihi dari hanya sekadar sedekah wang dan makanan. Korban adalah suatu ibadah khas menghidupkan syiar dalam komuniti dan diri.
Gabung Korban dan Akikah
Mazhab Syafi’e, Maliki dan Pandangan Ahmad: Tidak boleh kerana maksud keduanya berbeza. Korban objektifnya untuk diri dan menaikkan syiar Allah, manakala akikah adalah tanda kesyukuran atas kurniaan anak. Imam Ibn Hajar Al-Haithami Al-Syafie, menyatakan bahawa - jika diniatkan seekor kambing untuk korban dan akikah sekaligus, tiada diperoleh salah satu antara keduanya, kerana keduanya sunnah yang maqsudah atau khas pada tujuan tertentu.
Sementara itu, Mazhab Hanafi, Pandangan Ahmad, al-Hasan Basri, Ibn Sirin dan Qatadah serta Majlis Fatwa Kuwait - Harus digabung semua dengan niat korban atau sebahagian korban dan sebahagian akikah.
Pandangan yang terpilih adalah tidak menggabungkannya jika punyai kemampuan.
Pembahagian Daging
Daging korban yang telah siap dilapah bolehlah dibahagikan seperti berikut :
1/3 (sepertiga) kepada tuan rumah yang berkorban,
1/3 (sepertiga) kepada fakir miskin termasuklah jirannya dan saudara mara dan
1/3 (sepertiga) lagi bagi sesiapa yang memintanya.
Agihan ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud;
"Dan makanlah ia, dan berikanlah ia kepada orang yang susah dan fakir." (Al-Haj : 28)
dan juga firman Allah SWT yang bermaksud;
"Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang memintanya dan yang tidak memintanya" (Al-Haj : 36)
Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW sebagaimana riwayat Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a. Namun demikian harus (dibenarkan) untuk tidak mengikut cara pembahagian ini samada untuk makan keseluruhannya atau kebanyakkannya.
Upah kepada Tukang Sembelih dan Lapah Serta Jual Daging Qurban
Dilarang memberikan tukang-tukang lapah dan penyembelih upah atas usahanya (iaitu dengan ditetapkan dari awal), Namun, harus jika dia termasuk daripada kalangan fakir miskin atau diberikan secara sukarela orang ramai sebagai hadiah. Hal ini berdasarkan sebuah hadis yang bermaksud;
“Rasulullah mengarahkan aku agar tidak memberi pelapah sesuatu apa (upah) pun.” ( Riwayat Al-Bukhari)
Namun, boleh diberikan daging korban sebagaimana orang lain.
Tidak dibenarkan juga sepakat ulama untuk menjual dagingnya. Namun tidak sepakat berkenaan penjualan kulit, bulunya dan tulang hasil Korban. Majoriti mazhab termasuk Syafie tidak membenarkan.
Dibenarkan untuk menyimpan daging korban walaupun melebihi 3 hari berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Muslim.
Memberi Daging Korban kepada Orang Bukan Islam
Ulama berbeza pendapat dalam hal ini, sebahagian mazhab mengatakannya haram, ada yang mengatakannya makruh dan Mazhab Hanbali, Hanafi mengatakannya sebagai harus kerana ia bukannya sedekah wajib. Namun tiada khilaf, mendahulukan umat Islam adalah lebih utama dalam hal ini.
Berkorban atau Membayar Hutang
Bolehkah seorang yang dibebani hutang bank dan rakan, berkorban sekali setahun demi tawaran pahalanya?.
Justeru, untuk menentukan keutamaan sama ada menjelaskan hutang atau melakukan ibadah korban kita perlu melihat kepada jenis hutang, tempoh janji bayaran semula dan kemampuan orang yang berhutang.
Jika dari jenis hutang yang telah terancang pembayarannya seperti hutang bank dan selepas ditolak semuanya masih ada baki wang, tatkala itu individu tersebut sewajarnya melihat dan memikirkan berkenaan hutang tidak rasmi daripada individu lain atau rakan-rakan serta tempoh yang dijanjikan.
Jika tempoh langsaian hutang masih jauh dan diyakini pendapatan akan datangnya boleh menampung semunya tanggungjawab wajib itu. Di ketika itu barulah ibadah korban menjadi utama untuk dilaksanakan.
Hal ini amat jelas kerana ibadah korban hanya sunat muakkad sahaja menurut majoriti mazhab mankala melangsaikan hutang dalam tempohnya adalah wajib.
Jika disebabkan ingin berkorban sehingga menyebabkan rakan pemberi hutang pula ‘terkorban', hubungan persaudaraan ‘terkorban', atau hingga menyebabkan pihak bank mengenakan penalti kerana lewat bayar, tidak wajar sama sekali untuk berkorban juga. Keutamaan tetap bagi pelangsaian hutang berbanding berkorban. Demikian pandangan ringkas saya.
Sembelih Korban Guna Ayam
Asal hukum mesti bahimatul al-an’am sebagaimana disebut di dalam al-Quran. Ayam tidak tergolong dalam kategori itu. Bagi mereka yang tidak mampu, gugurkan kesunatan korban daripada mereka. Namun jika mereka ingin menyembelih ayam sebagai ganti, hanya menjadi sedeqah biasa. Diriwayatkan Ibn Abbas pernah membeli daging dengan harga satu dirham dan berkata, “nah, inilah korban Ibn Abbas,” iaitu secara majaz.
Korban oleh Organisasi & Syarikat?
Ramai yang bertanya dan ramai juga yang melakukan amalan ini. Adakah sebuah syarikat boleh mengeluarkan peruntukan tertentu untuk membeli 20 ekor lembu dan berkorban atas nama syarikat?
Jawab ringkas saya - "tidak boleh !" Ibadah korban adalah ibadah yang dilakukan oleh individu tertentu atau untuk individu tertentu. Ibadah ini bukan untuk organisasi yang bukan manusia. Justeru, jika sebuah organisasi ingin melaksanakannya, mesti menghadiahkannya kepada mana-mana Pengarah atau kakitangannya.
Ketika itu, korban barulah sah dan menjadi korban oleh individu yang ditentukan namanya sahaja dan bukan atas nama syarikat. Pihak syarikat terbabit boleh bergilir-gilir menghadiahkan lembu tertentu dan bahagiannya dihadiahkan kepada kakitangan secara khusus untuk dilaksanakan sembelihan atau korban. Pahala korban akan hanya diperoleh oleh individu dan pihak organisasi pula (iaitu pemilik organisasi iaitu manusia) hanya mendapat pahala kerana ‘menghadiahkan' lembu atau bahagiannya kepada kakitangan sahaja.
Jika tidak mahu berbuat demikian, bermakna pihak syarikat mestilah meletakkan secara khusus 20 ekor lembu itu, untuk para lembaga pengarahnya secara khusus juga. Bukan atas nama syarikat, tetapi individu.
Binatang yang Dikongsi
a) Yang boleh dikongsi : Lembu, Unta, Kerbau. Dalilnya dari hadis, yang bermaksud;
“Rasulullah berkongsi sewaktu hajinya bersama kaum Muslimin, seekor Lembu dibahagi tujuh bahagian.” (Riwayat Ahmad)
b) Yang tidak boleh dikongsi (Ijma’ ulama): Kambing, kibasy dan sepertinya. Adapun kongsi pahala, terdapat khilaf dan sebahagian mengharuskannya.
Kongsi Pahala Qurban
a) Ketua keluarga diharuskan menyembelih satu bahagian lembu atau kerbau atau unta dan diniatkan pahalanya kepada keluarganya. Hal ini sebagaimana yang dilakukan oleh Baginda Nabi SAW.
b) Namun, untuk kongsi pahala dengan seluruh syarikat atau negara, tidak dilakukan oleh sahabat nabi. Hanya Nabi yang berkorban dan menyatakan "Ini adalah untuk ummatku yang tidak berkorban. Disebutkan di dalam sebuah hadis bahawa Nabi membaca doa ini semasa ingin menyembelih, maksudnya;
“Dengan Nama Allah dan ya Allah terimalah daripada Muhammad dan keluarga Muhammad dan umatnya.
Siapa Patut Mulakan Qurban?
Jawabnya adalah imam di sesuau tempat tersebut dan diikuti dengan orang ramai, demikian sunah Nabi SAW berdasarkan hadis yang bermaksud;
“Berkata Ibn Umar r.a.’ ertinya : Nabi melaksanakan sembelihan sedang baginda berada di kawasan solatnya.
Berkata Imam Malik : “Imam menyembelih di kawasan solat dan agar tiada yang menyembelih satu orang pun sebelumnya.”
Tuesday, October 23, 2012
Can someone do this to Malaysian Police?
Aku mintak2, ada la org gila @ berani mcm nih buat kat polis malaysia...terus terang aku ckp, aku mmg tak berani...Enjoy the video...
[MK]Lawak kamera AES
Assalamualaikum...
Nak pecah perut aku bila baca komen2 berita kat Malaysia Kini pasal "Kase: Kamera AES di tengah laut, tengah hutan". Sila lihat screenshot yg aku ambik nih (klik gambar utk jelas)
Nak pecah perut aku bila baca komen2 berita kat Malaysia Kini pasal "Kase: Kamera AES di tengah laut, tengah hutan". Sila lihat screenshot yg aku ambik nih (klik gambar utk jelas)
Nama terpaksa aku padam utk mengelakkan perkara yg tak diingini berlaku...
[MK]Tahniah Lajim
10/23/2012 10:29:00 PM
bongkar, Lajim, salah laku
Sumber: Malaysia Kini
Tahniah buat Lajim kerana membongkar isu ni. Sekarang masanya untuk Lajim bongkar satu persatu salah laku pemimpin2 BN. Syabas Lajim...
[MK]MP Umno bengang dengan Syed Mokhtar
Sumber: Malaysia Kini
Tau pun ko bengangkan...hahaha...itu la BN, pentingkan kroni dari rakyat. Nasihat aku utk Bung, tukar parti, itu pun kalau PR nak amek ko la. Kalau diaorg taknak, ko kene la tubuh parti baru. LOL!!!
Monday, October 22, 2012
Soklan untuk perokok...
1. Kenapa harga rokok makin naik tp orang xboleh berhenti?...
A. Kandungan Nikotin yg tinggi
B. Kandungan Nikotin yg tinggi
C. Kandungan Nikotin yg tinggi
D. Kandungan Nikotin yg tinggi
2. Kenapa rokok malaysia lagi sedap dari rokok luar?

3.Apakah cara terbaik agar orang tetap menghisap rokok walaupun harga rokok naik (kononya utk suruh orang berhenti) padahal....disamping membantu mengukuhkan ekonomi negara?
A. Kandungan Nikotin yg tinggi
B. Kandungan Nikotin yg tinggi
C. Kandungan Nikotin yg tinggi
D. Kandungan Nikotin yg tinggi
4. Siapakah yg merancang....Haaaaa...taknak soal lebih lu pikirlah sendiri!!!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)