Wednesday, December 5, 2012

Konon nak jadi wira

Assalamualaikum...

Ni apa cite nih?

"Biro Aduan Komuniti Awam Pemuda Umno menyediakan 10 peguam kepada 8,000 pelabur, yang membuat pelaburan emas mereka melalui Genneva Malaysia Sdn. Bhd. (Genneva Malaysia), untuk menuntut kembali pelaburan mereka daripada syarikat terbabit.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Awam Pemuda Umno, Datuk Khairun Aseh berkata pihaknya menyediakan perkhidmatan itu secara percuma dan meminta pelabur terbabit tampil memberikan keterangan mereka.

Beliau berkata 8,000 pelabur itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu mereka yang telah membayar duit kepada syarikat itu tetapi belum mendapat emas dan mereka yang menyerahkan emas kepada syarikat itu tetapi belum menerima bayaran.

"Kita akan membuat tuntutan kepada syarikat terbabit dan bukannya kepada Bank Negara Malaysia (BNM). Ini adalah tindakan sivil agar para pelabur dapat menerima pelaburan mereka dengan segera," katanya kepada pemberita selepas sejam bertemu dengan pegawai Unit Siasatan Khas BNM, semalam.

Laporan awal perakaunan menunjukkan operasi Genneva Malaysia mengalami kerugian besar tahun ini dan mempunyai liabiliti melebihi 10 kali asetnya.

Mengenai pertemuan beliau dengan BNM, Khairun berkata beliau diberitahu siasatan pihak berkuasa berjalan dengan lancar dan menafikan ada orang kenamaan yang cuba mengganggu siasatan itu."


Tengok yg aku highlite tuh...kerajaan melalui bank negara dah bekukan duit syarikat nih sebanyak RM99.8 juta & menyita emas syarikat itu seberat 126kg. Lepas tu kononnya pemuda umno nih nak jadi hero siap melantik 10 peguam utk ambik keterangan je. Dan yg paling best skali, diaorg nak syarikat nih bayar kat pelabur2 nih. Alahai bangangnye pemuda umno nih...kalau duit syarikat tu dah dibekukan bnm mcmana syarikat nak bayar hoi...sepatutnya, mintak la bnm cairkan dulu duit yg diaorg bekukan tu, baru la syarikat boleh bayar kat pelabur.

Mengikut laporan, sebelum nih syarikat nih takde masalah dari segi bayaran kat pelabur2. Kalau ada pun cuma lambat bayar, itupun diaorg bayar gak. Bukan tak bayar langsung. Yang aku pelik, kenapa bnm boleh cakap 8000 pelabur tak dpt balik bayaran. Ramai pelabur2 marahkan bnm, bukan marahkan syarikat tuh. Kalau betul la syarikat nih tak bayar pada pelabur2, kenapa dlm berita tak masuk langsung muka pelabur2 yg tak dpt bayaran? baca lagi disini

Nak di jadikan cerita plak, bnm bagi alasan pengubahan wang haram plak(baca lagi disini). Nak ikutkan kebanyakkan pelabur2 golongan tua yg tidak lagi bekerja. Mereka mengharapkan wang pulangan dari pelaburan dari syarikat tersebut utk menyara hidup mereka. Herm...kesian kat pelabur2 nih.

Nak ikutkan, kes nih mcm kes kondo kat batu caves ari tu.

Akhir kata dari aku...nak jadi hero pun biarlah bertempat.

0 comments:

Post a Comment